Penerimaan pengguna di sekitar Kota Kinabalu terhadap makanan sedia dimakan dan makanan separa sedia

Marlina Azwa Meor Abdul Rahman, (2009) Penerimaan pengguna di sekitar Kota Kinabalu terhadap makanan sedia dimakan dan makanan separa sedia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000504.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk mengetahui tahap penerimaan pengguna di sekitar Kota Kinabalu terhadap makanan sedia dimakan (skop kajian; makanan segera @ fast food) dan makanan separa sedia (skop kajian; makanan segera dimasak @ instant food). Selain itu, latarbelakang demografi responden yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penerimaan turut dikaji. Kajian ini juga mengkaji keutamaan pengaruh kriteria seperti attribut produk dan media komunikasi kepada keputusan responden untuk membeli sesuatu produk makanan. Latarbelakang demografi, dan maklum balas berkaitan di kalangan 400 orang responden terdiri daripada pengunjung pusat beli-belah di sekitar Kota Kinabalu dikumpulkan melalui borang soal selidik. Ujian frekuansi digunakan untuk analisis taburan demografi responden dan sebagainya, manakala ujian korelasi digunakan untuk analisis hubungkait antara latarbelakang demografi responden dengan tahap penerimaan mereka dan juga untuk menentukan wujudnya perbezaan yang signifikan antara kriteria yang mempengaruhi penerimaan responden. Hasil ujian korelasi menunjukkan makanan segera (Pearson's R= 0.18, approx.sig.=0.00) lebih diterima berbanding makanan segera dimasak (Pearson's R= 0.24, approx.sig.=0.00) dengan perbezaan signifikan pada aras <0.05. Didapati juga, faktor antara jantina, umur, status perkahwinan, status pekerjaan, bilangan anak dan pendapatan keluarga dengan tahap penerimaan responden terhadap kedua-dua makanan tersebut mempunyai hubungan yang signifikan pada aras <0.05. Manakala attribut produk yang paling mempengaruhi pengguna ialah "harga" dan media komunikasi yang paling mempengaruhi pengguna ialah "keluarga/ rakan". Kesimpulannya, penerimaan pengguna di sekitar Kota Kinabalu terhadap makanan segera dan makanan segera dimasak berada di tahap yang sederhana dan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang telah dibincangkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ready to eat food, Fast food, Semi prepared food, Instant food, Kota Kinabalu
Subjects: ?? TX901-946.5 ??
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 28 Feb 2012 07:49
Last Modified: 23 Oct 2017 01:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3604

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository