Kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap eco-label di daerah Kota Kinabalu

Kuah, Soo Hooi (2009) Kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap eco-label di daerah Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000520.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan dijalankan adalah untuk mengetahui kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap eco-Iabel di daerah Kota Kinabalu. Ia juga mengkaji penggunaan atau pemilihan pengguna terhadap produk yang berlabel eco-Iabel. Hipotesis penyelidikan ialah pengguna yang mempunyai kesedaran terhadap eco-Iabel, pengguna akan menggunakan atau memilih produk yang keseluruhan mengutamakan isu alam sekitar serta pengguna yang mempunyai pengetahuan terhadap eco-Iabel, pengguna akan menggunakan atau memilih produk yang keseluruhan mengutamakan isu alam sekitar. Empat buah pasar raya besar dipilih sebagai tempat lokasi. Kaedah ersampelan berkelompok (cluster) digunakan untuk memilih tempat lokasi. Kaedah persampelan rawak digunakan untuk memberi peluang yang sama. Terdapat 230 (59%) responden perempuan dan 160 (41%) responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Terdapat 362 (93%) responden menjawab betul dengan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan tanggungjawab semua pihak, termasuklah pengguna. Melalui ujian Khi Kuasa Dua, kajian mendapati bahawa ia tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara penuntutan kesedaran dengan kesanggupan untuk membeli produk yang berlabel eco-Iabel. Ia juga tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara penuntutan pengetahuan dengan kesanggupan untuk membeli produk yang berlabel eco-label Namun, pendapatan bulanan keluarga (p=0.000) mempunyai nilai signifikan, iaitu mempunyai hubungan yang signifikan atau perkaitan bererti yang wujud di antara pendapatan bulanan keluarga dengan kesanggupan untuk membeli produk yang berlabel eco-Iabel. Walaupun responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap eco-Iabel, namun mereka mempunyai pengetahuan yang rendah terhadap eco-Iabel. Kebanyakan responden tidak sanggup membeli produk yang berlabel eco-Iabel pada harga yang tinggi. Kekurangan bahan produk berlabel eco-Iabel dijual di Kota Kinabalu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pengguna kurang terdedah kepada eco-Iabel.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Consumer awareness, Eco-label, Kota Kinabalu, Cluster sampling, Random sampling, Chi-square test
Subjects: ?? HF5410-5417.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Aug 2012 01:48
Last Modified: 23 Oct 2017 03:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3832

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository