Peranan persekitaran tempat makan dalam menentukan pemilihan jenis makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Clyrinah Jesmin, (2010) Peranan persekitaran tempat makan dalam menentukan pemilihan jenis makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000521.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor persekitaran tempat makan yang mempengaruhi pemilihan jenis makanan; mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap pemilihan makanan yang bernutrisi; dan menentukan sama ada persekitaran tempat makan mempengaruhi jantina dalam pemilihan jenis makanan. Kajian ini dijalankan melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik dan melibatkan seramai 400 orang responden dari kampus UMS. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 15.0. Hasil kajian mendapati 5 faktor persekitaran tempat makan iaitu faktor pemandangan (landscape), faktor ruang tempat makan (kitchenscape), faktor perabot (tablescape), faktor bekas makanan (platescape), dan faktor jenis makanan (foodscape) adalah mempengaruhi dalam pemilihan jenis makanan responden. Faktor persekitaran dari segi (landscape) telah menjadi faktor utama dalam pemilihan jenis makanan responden iaitu sebanyak 57.4%. Ini dilihat dari segi pencahayaan dan pengudaraan sesebuah tempat makan sebagai faktor dalam menarik responden untuk datang berkunjung dan mempengaruhi dalam pemilihan makanan mereka. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang kecil antara faktor perabot (tablescape) dengan pemilihan jenis makanan nasi (r= 0.133, p= 0.01), sayur-sayuran (r= 0.122, p= 0.01), dan lauk-pauk (r= 0.167, p= 0.01) serta hubungan signifikan yang kecil antara faktor saiz bekas makanan (platescape) dengan pemilihan jenis makanan lauk-pauk (r= 0.147, p= 0.01) pada tahap kesignifikan p<0.05 masing-masing. Sebanyak 68.5% responden mempunyai tahap pengetahuan mengenai makanan bemutrisi yang sangat baik iaitu mendapat markah antara 12 sehingga 15 markah dan hanya 1.3% mempunyai tahap pengetahuan yang lemah iaitu mendapat markah antara 0 sehingga 3 markah. Jantina perempuan menunjukkan tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding lelaki dengan peratusan sebanyak 72.5% dan lelaki sebanyak 64.5%. Daripada kajian ini juga, terdapat hubungan signifikan antara jantina dengan faktor persekitaran dari segi (landscape), antara faktor bekas makanan (platescape) , dan antara faktor ruang tempat makan (kitchenscape) dalam menentukan pemilihan jenis makanan iaitu (x²=5.404, p= 0.020), (X²= 9.428, p= 0.002) dan (X²= 8.063, p= 0.005) pada tahap kesignifikan 0.05 masing-masing. Secara keseluruhannya, faktor-faktor ini telah menjadi satu persepsi kepada responden tentang keadaan persekitaran tempat makan dan juga dari segi penyediaan makanan yang seterusnya mempengaruhi dalam pemilihan jenis makanan responden.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food, Eating environment, Food choice, UMS student, Student eating habits
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Apr 2012 03:33
Last Modified: 23 Oct 2017 03:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3833

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository