Komposisi nutrien dalam beberapa variasi rumpai laut merah spesis Kappaphycus alvarezii dari kawasan penanaman Semporna, Sabah

Nor Ashiqein Ahmad Saini, (2010) Komposisi nutrien dalam beberapa variasi rumpai laut merah spesis Kappaphycus alvarezii dari kawasan penanaman Semporna, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
3157Kb

Abstract

Objektif kajian ini ialah menentukan dan membandingkan komposisi nutrient penting seperti kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serabut dietari, karbohidrat, mineral dan asid lemak dalam setiap lima variasi rumpai laut K. alvarezii yang ditanam di perairan Semporna, Sabah. Lima variasi yang dikaji ialah K. alvarezii var. Aring-Aring, Buaya, Hijau, Tangan-Tangan dan Bunga Hijau yang menggunakan kaedah penanaman yang sama (rawai) pada usia kematangan 45 hari. Kawalan kandungan lembapan adalah pada julat 9 - 11%. Rumpai laut ini tinggi dengan kandungan abu (26.52 - 34.59%) dan serabut dietari (27.46 - 42.36%) dan rendah kandungan lemak (0.44 - 0.66%) dalam asas berat kering. Rumpai laut ini mengandungi 295.06 - 14656.53 mg/100g mineral makro (Na, K, Ca and Mg) dan 0.08 - 4.32 mg/100g mineral mikro (Fe, Zn, and Cu). K. alvarezii var. Buaya mengandungi kandungan mineral makro dan mikro yang tertinggi berbanding empat variasi yang lain. Kandungan protein kasar bagi K. alvarezii var. Aring-Aring (9.45% asas berat kering) adalah lebih tinggi manakala kandungan karbohidrat yang tinggi terdapat pada K. alvarezii var. Buaya (21.16%). Kandungan asid lemak tepu adalah lebih tinggi berbanding asid lemak tak tepu dalam setiap variasi rumpai laut K. alvarezii yang dikaji disebabkan oleh degradasi terma, tempoh penyimpanan dan aktiviti hidrogenasi. Setiap komponen nutrien penting hadir dalam setiap variasi rumpai laut yang dikaji. Namun, wujud perbezaan signifikan kandungan bagi setiap komposisi nutrien dalam setiap kajian variasi disebabkan oleh faktor persekitaran, kedudukan geografi dan peraturan gen.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Red seaweed, Kappaphycus alvarezii, Semporna
Subjects:?? SH393 ??
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:4185
Deposited By:IR Admin
Deposited On:05 Jun 2012 17:51
Last Modified:05 Jun 2012 17:51

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository