Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah trusmadi di kawasan Bundu Tuhan, Ranau

Kong, Vui Siong (2004) Geologi am dan kajian kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah trusmadi di kawasan Bundu Tuhan, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000392.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di garis longitud 05°53'E hingga 06°01E dan garis latitud 116°28'N hingga 116°33'N. Keluasan kawasan kajian adalah lebih kurang 50 km². Kawasan kajian adalah terdiri daripada Formasi Trusmadi, Formasi Crocker, dan Kerikil Pinousuk. Formasi Trusmadi yang berusia Paleosen ke Eosen terdiri daripada batuan berargilit gelap, batu pasir masif, dan kataklasit atau breksia. Formasi Crocker pula berusia dari Eosen Tengah hingga Miosen Tengah yang terdiri daripada unit batu pasir tebal , unit batu pasir berselang lapis dengan syal, dan unit batuan termetamorf. Endapan kuatenari di kawasan kajian merupakan Kerikil Pinousuk yang berusia Pleistosen. Persampalan tanah dijalankan untuk kajian sifat-sifat fizikal, kimia, dan kejuruteraan dari Formasi Trusmadi. Dalam ujian sifat fizikal asas tanah, sampel tanah B mempunyai indeks keplastikan dan kekuatan yang tertinggi iaitu masing-masing 24.75% dan 13.56 KN/m2 berbanding dengan sampel tanah A dan C. Graviti tentu bagi sampel tanah Trusmadi adalah pada julat 2.60-2.67. Sampel tanah saiz lempung yang paling tinggi adalah sampel tanah B sebanyak 30.30%. Dari segi sifat kimia asas tanahnya, peratusan organik tanah yang paling tinggi juga adalah sampel tanah C iaitu sebanyak l.34% berbanding dengan sampel A dan B. pH tanah Trusmadi adalah berasid iaitu dalam julat 4-4.5. Ujian kapadatan tanah, sampel tanah B mempunyai ketumpatan kering yang paling rendah iaitu 1.54 Mg/ mᵌ dan kandungan kelembapan maksimum iaitu sebanyak 24.8% berbanding dengan sampel tanah A dan C. Sebaliknya sampel tanah A mempunyai ketelapan yang paling tinggi iaitu 3.41 x 10�� m/s. Daripada pernbelauan sinar-X (XRD) didapati bahawa tanah Trusmadi mengandungi kuarza dan mineral lempung yang tinggi seperti montmorilonit dan kaolinit. Sampel tanah ditambah dengan kapur sebanyak 2%, 4%, 6% dan 8% untuk kajian kestabilan tanah. Kepadatan tanah sampel B mempunyai kandungan kelembapan tertinggi bernilai 29.37% dan ketumpatan kering terendah adalah 1.45 Mg/mᵌ yang diawet 8% kapur. Manakala kekuatan yang tertinggi ditunjukkan oleh sampel A yang ditambah sebanyak 8% kapur dan diawet selama 14 hari (80 Mg/mᵌ).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Trusmadi formation, Quaternary deposit, Crocker formation, Bundu Tuhan Area, Ranau
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 25 Jan 2012 08:05
Last Modified: 12 Oct 2017 02:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/422

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository