Kesan gabungan rawatan dwi-modifikasi dan rawatan alkali-alkohol ke atas sifat fiziko-kimia kanji sagu terlarut air sejuk (GCWS)

Pang, Yuik Chen (2009) Kesan gabungan rawatan dwi-modifikasi dan rawatan alkali-alkohol ke atas sifat fiziko-kimia kanji sagu terlarut air sejuk (GCWS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000591.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Metodologi Respons Permukaan (Response Surface Methodology, RSM) telah digunakan untuk mengkaji kesan kepekatan propilena oksida (7%, 8%, 9%, v/w), agen paut-silang (0.07%, 0.08%, 0.09%, w/w) dan rawatan alkali (nisbah kanji :alkali = 1:1, 1:2, 1:3) ke atas sifat fiziko-kimia granul kanji terlarut air sejuk (Granular Cold Water Soluble Starch, GCWS) yang dihasilkan daripada kanji sagu asli. Sifat-sifat fiziko-kimia seperti sifat keterlarutan air sejuk, sifat menggelembung air sejuk, profil pempesan, morfologi kanji, sifat terma dan retrogradasi kanji sagu GCWS telah dikaji. Didapati bahawa rawatan alkali mempunyai kesan yang signifikan ke atas hampir semua sifat fiziko-kimia kanji sagu GCWS yang dikaji. Rawatan alkali meningkatkan sifat keterlarutan air sejuk (P < 0.0001), kuasa menggelembung air sejuk (P < 0.001) serta breakdown (P < 0.001) kanji sagu GCWS. Di samping itu, kelikatan puncak (P < 0.001) dan kelikatan akhir (P < 0.0001) kanji sagu GCWS mengurang (P < 0.05) dengan peningkatan kuantiti alkali. Kesan rawatan paut-silang dan hidroksipropilasi adalah kurang nyata jika berbanding dengan kesan rawatan alkali. Walau bagaimanapun, rawatan paut-silang mengurangkan kelikatan puncak (P < 0.01), breakdown (P < 0.01), kelikatan akhir (P < 0.001) dan Setback (P < 0.001) kanji sagu GCWS. Rawatan propilena oksida pula mempunyai kesan kuadratik positif (P < 0.05) ke atas kelikatan akhir dan Setback kanji sagu GCWS. Gabungan ketigatiga rawatan juga mempengaruhi sifat terma dan morfologi kanji. Oidapati bahawa rawatan alkali yang tinggi menghasilkan kanji sagu GCWS yang mempunyai keterlarutan air sejuk yang tinggi. Kanji sagu GCWS dengan sifat keterlarutan air sejuk yang tinggi tidak menunjukkan sebarang puncak dalam termogram Kalorimetri Pengimbasan Pembezaan. Bentuk granul kanji sagu GCWS yang dirawat dengan kuantiti alkali yang rendah (nisbah kanji: alkali = 1:1, 1:2) adalah oval dan licin di bawah mikroskop manakala granul kanji sagu GCWS yang dirawat dengan kuantiti alkali yang tinggi (nisbah kanji: alkali = 1:3) adalah tidak seragam berbanding dengan granul kanji sagu asli. Gabungan rawatan agen paut-silang pada 0.07%, propilena oksida pada 9.00% dan nisbah kanji : alkali pada 1:3 dapat menghasilkan kanji sagu GCWS yang mempunyai sifat keterlarutan air sejuk yang paling tinggi (72.4%) di samping mempunyai granul kanji yang paling sempurna.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Dwi-modification abd alkaline-alcoholic treatment, Granular Cold Water Soluble starch, Sago starch
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 18 Jun 2012 08:49
Last Modified: 23 Oct 2017 03:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4264

Actions (login required)

View Item View Item