Menilai bakul makanan bagi program kekurangan zat makanan di Panampang

Nurulakmal Razali, (2009) Menilai bakul makanan bagi program kekurangan zat makanan di Panampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000623.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengetahui faktor-faktor sosioekonomi yang menyebabkan kanak-kanak kekurangan zat makanan (KZM) di Penampang, menilai kandungan nutrien di dalam bakul makanan dengan menggunakan analisis proksimat, serta mengkaji sebab kes berhenti bantuan bakul makanan yang paling banyak menyumbang kepada keberkesanan bakul makanan. Subjek kajian seramai 40 kanak-kanak KZM yang menerima bakul makanan, 15 (37.5%) lelaki, dan 25 (62.5%) perempuan. Kajian dijalankan di Kinik Kesihatan Penampang, Klinik Kesihatan Putatan, Klinik Desa Babagon, Klinik Desa Moyog, dan Klinik Desa Limbanak. Kajian melibatkan soal selidik tentang faktor-faktor KZM dan status kesihatan kanak-kanak KZM di Penampang. Hasil kajian mendapati 16 (40%) kanak-kanak dalam status malnutrisi teruk, manakala 24 (60%) mengalami malnutrisi sederhana. Ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada aras pengertian p<0.01 antara status berat badan ikut umur dengan faktor tahap pendidikan ibubapa, p=0.001 dan faktor pendapatan bulanan keluarga, p=0.002. Namun, ujian kolerasi menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan, (p>0.05) antara status berat badan ikut umur dengan bllangan adik beradik dan perhatian ketika makan. Keputusan menunjukkan purata peratus kandungan makronutlien daripada analisis proksimat adalah seperti berikut; 14.33% protein, 18.71% lemak, dan 46.29% karbohidarat, dimana jumlah kandungan lemak serta karbohidrat adalah rendah berbanding yang telah disyorkan oleh RDA. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan, p<0.05, sumbangan paling besar kes KZM berhenti bantuan adalah sebab-sebab lain mana kala sebab yang paling kurang adalah memasuki sekolah (nilai residual piawai= 10.3 dan -18.7). Kesimpulannya, bakul makanan bagi Program Kekurangan Zat Makanan dapat membantu mengurangkan kes kanak-kanak KZM.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food basket, Food nutrition, Malnutrition children, Panampang
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2012 03:11
Last Modified: 12 Oct 2017 03:13
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4334

Actions (login required)

View Item View Item