Transformasi Labisia pumila var. pumila dengan menggunakan Agrobacterium tumejaciens

Ang, Pey Pey (2006) Transformasi Labisia pumila var. pumila dengan menggunakan Agrobacterium tumejaciens. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000668.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan penggunaan strain Agrobacterium tumefaciens AGLI (pGPTV) yang membawa gen β-glucuronidase (GUS) dan kerintangan terhadap kanamisin untuk transformasi eksplan daun Labisia pumila var. pumila. Tempoh ko-kultivasi dan kepekatan asetosyringon yang berbeza dikaji. Eksplan Labisia pumila var. pumila dikulturkan pada media MS + 2.5mg/L NAA + 10mg/L BAP untuk tiga minggu. Selepas inokulasi selama 20 minit, eksplan telah diko-kultur pada media ko-kultivasi MS selama 1, 2, 3 dan 4 hari untuk mengkaji kesan tempoh ko-kultivasi terhadap frekuensi transfonnasi. Dengan memilih tempoh ko-kultivasi yang sesuai, eksplan telah diko-kultur dalam media ko-kultivasi yang mengandungi 100µM dan 200µM asetosyringon untuk mengkaji kesan kepekatan asetosyringon terhadap frekuensi transformasi. Selepas itu, Eksplan kemudian dikultur pada media regenerasi MS + 2.5mgIL NAA + 10mg/L BAP dengan 400mg/L cefotaxime selama satu minggu. Akhirnya, sebahagian eksplan akan diuji dengan ujian histokimia GUS untuk mengenalpasti eksplan yang menunjukkan aktiviti GUS. Daripada kajian ini, transformasi eksplan daun Labisia pumila var. pumila dengan menggunakan Agrobacterium tumefaciens AGLl/pGPTV dapat menunjukkan pengekspresan transient. Tempoh ko-kultivasi selama tiga hari telah menunjukkan keputusan positif yang paling baik (44.4%). Penambahan 100µM asetosyringon telah meningkatkan kadar transformasi bagi Labisia pumila var. pumila (61.1%) dan keluasan permukaan eksplan yang berwarna bim Transformasi ini juga boleh dilakukan tanpa penambahan asetosyringon.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Labisia pumila var. pumila, Agrobacterium temufaciens, Co-cultivation
Subjects: ?? QK710-899 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Aug 2012 07:52
Last Modified: 23 Oct 2017 06:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4502

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository