Percambahan biji benih Orkid Renanthera Bella secara In-Vitro

Nur Izzurhaidza Mohd Isa, (2005) Percambahan biji benih Orkid Renanthera Bella secara In-Vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000677.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Renanthera bella merupakan salah satu spesies orkid endemik di Sabah yang mempunyai nilai hortikultur yang tinggi. Kajian dilakukan untuk menentukan media yang sesuai untuk percambahan biji benih secara in-vitro. Media VW (1949) merupakan media asas dengan penambahan 0.8 mg L¯¹ hormon Benzyladenine (BA) dan kompleks tabii seperti ekstrak pisang (20%), jus tomato (20%), air kelapa (20%) dan pepton (2%). Biji benih mula bercarnbah selepas 60 hari pengkulturan. Analisis ANOV A menunjukkan bahawa terdapat perbezaan pada aras keertian 0.05 di antara peratusan percambahan biji benih dengan media yang digunakan. Media yang mengandungi hormon BA memberikan kesan yang paling baik ke atas percambahan biji benih R. bella dengan purata percambahan sebanyak 27.42%, diikuti oleh media VW (4.29%), pepton (0.24%) dan air kelapa (0.14%). Sebaliknya media yang mengandungi jus tomato dan ekstrak pisang tidak berlaku sebarang percarnbahan biji benih sepanjang kajian dijalankan

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Orchid, Renanthera bella, Orchid Sabah, Sabah
Subjects: ?? QK474.8-495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 31 Jul 2012 07:54
Last Modified: 23 Oct 2017 06:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4531

Actions (login required)

View Item View Item