Kepekatan Sulfat dan Hidrogen Sulfida dalam Tasik UMS

Khoo, Poh Hua (2005) Kepekatan Sulfat dan Hidrogen Sulfida dalam Tasik UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000681.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap kandungan sulfat dan hidrogen sulfida telah dilakukan dalam air Tasik UMS. Sampel dari tujuh stesen dalam air tasik dan lima effluen yang dikenalpasti menyalur ke dalam tasik diambil. Keadah Turbidimetrik dari APHA (1995) diguna terhadap analisis sulfat dan fotometer DR2000-HACH terhadap hidrogen sulfida. Keputusan menunjukkan julat kepekatan sulfat di antara tujuh stesen ialah 27.48 mgl¯¹ - 36.56 mgl¯¹ dan 25.87 mgl¯¹ - 155.07 mgl¯¹ di antara lima efluen. Untuk hidrogen sulfida, julat adalah 0.0004 mgl¯¹ - 0.0118 mgl¯¹ di antara stesen dan 0.0133 mgl¯¹ - 0.0333 mgl¯¹ di antara efluen. Berdasarkan Interim National Water Quality Standards (INWQS) yang ditentukan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 1985 untuk air penerimaan, tahap sulfat adalah dalam kelas IIA dengan kepekatan kurang daripada 200 mgl¯¹ di mana menunjukkan kualiti yang baik tetapi elakkan akitiviti yang melibatkan sentuhan badan dengan air ini untuk mengelakkan patogen manusia yang mudah dijangkiti. Berdasarkan Canadian Environment Quality Guidelines tahun 2003, air tasik berdasarkan parameter sulfat dan hidrogen sulfida adalah sesuai untuk tujuan estetik kerana kepekatan sulfat adalah kurang daripada 500 mgl¯¹ dan hidrogen sulfida pula adalah kurang daripada 0.05 mgl¯¹. Oleh kerana kajian ini hanya tertumpu kepada dua parameter sahaja, untuk menentukan status dan klasitikasi kualiti air Tasik VMS, parameter-parameter lain perlu dipertimbangkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sulfate, Hydrogen, Hydrogen Sulfide, UMS lake
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Jul 2012 23:57
Last Modified: 23 Oct 2017 07:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4535

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository