Mengkaji kesan kepadatan rumpai Siperus Halia Hitam (Cyperus rotundus) ke atas pertumbuhan dan hasil tanaman bayam merah

Norsyuhada Ismail, (2010) Mengkaji kesan kepadatan rumpai Siperus Halia Hitam (Cyperus rotundus) ke atas pertumbuhan dan hasil tanaman bayam merah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000688.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilaksanakan di Ladang Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu untuk mengkaji kesan kepadatan rumpai Cyperus rotundus terhadap pertumbuhan dan hasil tanaman bayam merah (Amaranthus gangeticus). Rumpai Cyperus rotundus merupakan rumpai yang paling teruk serangannya dalam ekosistem pertanian. Sifatnya yang agresif dan boleh hidup walaupun dalam keadaan yang ekstrem menjadikan rumpai ini sukar di kawal di mana rizomnya boleh menembusi hingga akar sayuran dan menyebabkan sistem akar sayuran terjejas sekiranya rumpai ini dicabut atau dicangkul. Sebanyak empat rawatan digunakan iaitu rawatan T0 (kawalan tanpa rumpai), T1 (kepadatan satu rumpai), T2 (kepadatan dua rumpai) dan rawatan T3 (kepadatan tiga rumpai) di mana setiap rawatan mempunyai tiga replikasi dan rekabentuk kajian dilaksanakan dengan menggunakan Rekabentuk Rawak Lengkap (Completely Randomized Design, CRD). Pemerhatian dan pengambilan data dilakukan pada setiap julat tujuh hari iaitu pada hari ke-14, 21, 28 dan hari ke-35 selepas biji benih bayam merah ditabur terus ke batas. Bagi bayam merah, parameter yang diukur adalah dari segi bilangan dan lebar daun, ketinggian, kadar pertumbuhan tanaman (CGR) dan juga berat segar. Manakala bagi parameter rumpai Cyperus rotundus yang diukur pula adalah bilangan rizom dan tuber serta ketinggian. Dalam konteks pertumbuhan, keputusan analisis menggunakan ujian ANAVA satu hala menunjukkan bahawa rawatan T0 memberikan bilangan daun maksimum diikuti oleh rawatan T1, T2 dan T3. Manakala rawatan T1 pula memberikan kesan ketinggian maksimum dan lebar daun maksimum bagi tanaman bayam merah. Keputusan analisis menunjukkan bahawa apabila ketiadaan rumpai iaitu bagi rawatan T0, berat segar adalah 1.85 kg, manakala bagi rawatan T1 ialah 1.5 kg. Diikuti dengan rawatan T2 iaitu 1.133 kg setiap batas dan rawatan T3 pula ialah 1.083 kg. Bagi tujuan penjimatan kos buruh, adalah penting bagi mengenal pasti kepadatan optimum rumpai Cyperus rotundus (satu rumpai per pokok) yang didapati tidak begitu menjejaskan pertumbuhan dan hasil tanaman bayam merah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Weed density, Cyperus rotundus, Amaranthus gangeticus, Agricultural ecosystem, UMS
Subjects: ?? SB320-353.5 ??
?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Jul 2012 03:51
Last Modified: 23 Oct 2017 07:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4575

Actions (login required)

View Item View Item