Analisis minyak pati daripada Bunga Cina (Gardenia Jasminoides Ellies) dan Bunga Kemboja (Plumeria Obtusa) menggunakan gas kromatografi

Nor Azalilah Abdullah, (2004) Analisis minyak pati daripada Bunga Cina (Gardenia Jasminoides Ellies) dan Bunga Kemboja (Plumeria Obtusa) menggunakan gas kromatografi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000703.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Analisis sebatian meruap dalam bunga cina (Gardenia jasminoides) dan bunga kemboja (Plumeria obtusa) dengan menggunakan kromatografi gas yang dilengkapi dengan pengesan pengionan nyalaan ( GC-FID) telah dijalankan. Kajian ini melibatkan kaedah penyulingan hidro dan bahagian tumbuhan yang digunakan ialah bunga. Pelarut yang digunakan dalam ujikaji ini adalah n-heksana. Hasil analisis dengan GC-FID dirujuk kepada Indeks Kovat Piawai untuk men genal pasti komponen kimia yang wujud. Peratus hasil minyak pati yang diperoleru adalah sebanyak 0.987% untuk Gardenia jasminoides dan 0.394 % untuk Plumeria obtusa. Analisis menunjukkan kehadiran sebatian-sebatian kirna seperti 2-acetyltetrahydropyridine, (Z)-2-octenal, benzly acetate, hexyl butanoate, dill ether, dimethyl tetrasulfide, (E}-2-decenal, phenyl acetic acid, hexyl butanoate, (E}-2-octenol, a-ionone, skatole dan 4-ethylguaiacol dalam Gardenia jasminoides. Sebatian a-terpinene, a - phellandrene, 2-propionylpyrrole, 2-methyl-3-ethylpyrazine, fenchyl alcohol, y-terpinene, (E)-ocimene, 2,3-dimethyl-6-ethylpyrazine, hexyl butanoate, 2,6-dimethyl- 3-ethylpyrazine, (E,E}-2,4-0ctadienal, linalool oxide, caryopyllene, 4-vinylguaiacol, 5-methyl- 2- furanaldehyde, ethyl benzoate dan raspberry ketone pula dikesan dalam Plumeria obtusa. Camphor dan hexyl butanoate didapati hadir di dalam kedua-dua spesis yang dikaji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Bunga Cina, Gardenia jasminoides, Bunga Kemboja, Plumeria obtusa, Hydrodistillation technique
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2012 07:34
Last Modified: 23 Oct 2017 07:29
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4659

Actions (login required)

View Item View Item