Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas tumbuhan ubatan tradisional

Nedick Anak Apat, (2004) Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi ke atas tumbuhan ubatan tradisional. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000716.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian kandungan kimia dan penyaringan aktiviti biologi telah dijalankan ke atas 5 spesies tumbuhan ubatan yang diperolehi dati Sabah dan Sarawak. Spesies tumbuhan ubatan yang dikaji ialah Blumea balsamifera, Helmynthostachys zeylanica, Leonurus sibiricus, Solanum tolvum, dan Zingiber cassumunar. Tumbuhan ubatan ini diekstrak dengan menggunakan metanol. Ujian fitokimia yang melibatkan penyaringan alkaloid, saponin, flavonoid, antrakuinon, tanin dan sebatian polifenol serta glikosida kardium telah dijalankan ke atas setiap ekstrak tumbuhan. Hasil penyaringan fitokimia menunjukkan bahawa Blumea balsamifera mempunyai sebatian saponin dan polifenol, manakala Helmynthostachys zeylanica pula mempunyai sebatian alkaloid, saponin, flavonoid, polifenol dan glikosida kardium. Leonurus sibiricus hanya mengandungi alkaloid sahaja. Bagi Solanum tolvum, sebatian yang wujud dalam tumbuhan ini ialah alkaloid, saponin, glikosida kardium dan polifenol. Zingiber cassumunar mengandungi alkaloid, flavonoid dan polifenol. Penyaringan alelopati menunjukkan berlakunya aktiviti perencatan ke atas pertumbuhan akar dan batang sawi serta bayam pada kepekatan ekstrak yang tinggi dan merangsang pertumbuhan pada kepekatan ekstrak yang rendah. Hasil penyaringan antibakteria menunjukkan bahawa semua spesies tumbuhan ubatan ini berupaya merencat pertumbuhan Escherichia coli dan Bacillus subtilis dengan perencatan tertinggi ke atas bakteria E. coli dicatatkan oleh ekstrak rizom Zingiber cassumunar bernilai 20 mm. Perencatan tertinggi bagi bakteria B. subtilis pula dicatatkan oleh ekstrak daun Helmyunthostachys zeylanica dengan diameter zon perencatan bernilai 9 mm. Penyaringan Ras/Raf-l turut memberikan keputusan positif di mana ekstrak daoo S. tolvum berupaya merencat pertumbuhan yis LZ strain HI 00 14 dengan diameter zon perencatan bemilai 9 mm pada plat agar yang tidak mengandungi histidin.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Medicinal plant, Biological activities, Sabah, Sarawak
Subjects: ?? QD241-441 ??
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Sep 2012 02:28
Last Modified: 23 Oct 2017 07:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4762

Actions (login required)

View Item View Item