Kesan hormon Benzylamino purine (BAP) terhadap proliferasi protokom Orkid Phalaenopsis Gigantea in vitro

Muhamad Syazwan Sulaiman, (2006) Kesan hormon Benzylamino purine (BAP) terhadap proliferasi protokom Orkid Phalaenopsis Gigantea in vitro. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000754.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan hormon Benzylamino purine (BAP) terhadap proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea in vitro. Protokom telah dikultur pada medium New Dagoshima Medium (NOM) dengan kepekatan BAP yang berlainan setiap satunya. Terdapat 10 rawatan yang dilakukan dan setiap satunya dibuat sebanyak 10 replikasi. Setiap replikasi medium mengandungi 20 biji protokom. Rawatannya adalah BAP berkepekatan O.5mg/L, 1.0mg/L, 1.5mg/L, 2.0mg/L, 2.5mg/L, 3.0mg/L, 3.5mg/L, 4.0mg/L, 4.5mg/L dan 5.0mg/L. Hasil kajian mendapati wujud perbezaan signifikan dalam rawatan yang dibuat (p<0.05) dari hari 70 sehingga hari ke 112 bagi peratusan proliferasi. Pada pemerhatian hari ke 112 selepas pengkulturan, medium yang mengandungi BAP 2.0mg/L menunjukkan purata peratusan protokom berpoliferasi tertinggi dengan 15.73% manakala purata peratusan proliferasi terendah terhasil di dalam medium BAP 0.5mg/L dengan hanya 1.01%. Purata protokom baru yang terhasil didapati tertinggi untuk medium BAP 2.0mg/L dengan 6.17 protokom manakala terendah terhasil dalam medium dengan kepekatan 0.5mg/L BAP iaitu sebanyak 0.33. Selain daripada proliferasi, protokom tumt mengalami regenerasi yang pesat bermula pada hari ke 98 selepas pengkulturan. Secara umum, hormon BAP 2.0mg/L dalam penghasilan proliferasi protokom P. gigantea dilihat baik untuk meningkatkan bilangan protokom berproliferasi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Benzylamino purine (BAP), Proliferation Orchid, Protocorms vitro, Orchid
Subjects: ?? QK495 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Sep 2012 07:51
Last Modified: 10 Oct 2017 09:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4823

Actions (login required)

View Item View Item