Geologi am dan geomorfologi Sungai Pegalan, Pekan Keningau, Sabah

Norhasyimah Mohamed, (2006) Geologi am dan geomorfologi Sungai Pegalan, Pekan Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000382.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian mempunyai keluasan kawasan seluas 100 km² di sebelah barat kawasan Pekan Keningau dan dibatasi oleh garis bujur 116�08'T hingga 116�13'T serta garis lintang 05�18'U bingga 05�23'U. Terdapat Sungai Pegalan yang merintangi ditengah kawasan kajian iaitu timurlaut-baratdaya. Perubahan bentuk morfologi sungai dari tahun 1966 bingga 2003 menunjukkan perubahan morfologi sungai ini berubah daripada bentuk bermeander kepada bentuk hampir lurus. Kawasan kajian juga terdiri daripada endapan Formasi Crocker dan endapan Aluvium Kuaternari. Formasi Crocker yang terdiri daripada selang lapis batu pasir dengan batu syal jenis Flysch manakala endapan Aluvium Kuaternari pula terdiri daripada kerikil yang mempunyai kebundaran yang tinggi. Formasi Crocker ini telah diendapkan oleh arus turbidit pada sekitaran laut. Analisis struktur lapisan dan kekar di kawasan kajian menjelaskan bahawa daya tegasan yang bertren timurlaut-baratdaya bertindak ke atas Formasi Crocker. Endapan aluvium Kuaternari pula terdiri daripada endapan teres dan dataran banjir Resen. Endapan teres yang mencapai ketinggian maksimum 350 meter di atas paras laut dan meliputi 40% daripada kawasan kajian yang didominasikan oleh dataran banjir Resen.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geomorphological, Crocker formation, Quaternary sediment, Quaternary alluvium, Pegalan River, Keningau Town, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Dec 2011 09:30
Last Modified: 12 Oct 2017 03:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/486

Actions (login required)

View Item View Item