Geologi am dan fiziko kimia kawasan paya dan kawasan pantai di selatan Kota Kinabalu

Zuraini Zainuddin, (2005) Geologi am dan fiziko kimia kawasan paya dan kawasan pantai di selatan Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000766.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di selatan Kota Kinabalu disempadani oleh garis latitud 05° 46' U hingga 05° 51' U dan garis longitud 116° 00' T hingga 116° 04' T. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker dan Endapan Kuatener. Formasi Crocker yang berusia Eosen Lewat ke Miosen Awal didominasikan oleh selang lapis batu pasir dengan syal kelabu dan ditindih oleh endapan Kuatener. Kajian geologi struktur menunjukkan Formasi Crocker bertrend hampir Utara-Selatan dan Barat Laut-Tenggara. Endapan Kuatener ini adalah basil daripada luluhawa batuan pada Formasi Crocker. Endapan Kuatener yang terdiri daripada sedimen pantai dan kawasan paya. Kawasan paya terdapat di bahagian muara sungai-sungai utama. Proses-proses degradasise perlu luluhawa, pengangkutan dan pemendapan mempengaruhi taburan logam-logam berat dikawasan kajian Sebanyak 28 sampel tanah paya dan sedimen pantai diambil untuk analisis logam-logam berat Cr, Cu, Pb, dan Zn dengan menggunakan kaedah Spektrofotometer Serapan Atom (AAS). Lokaliti persampelan meliputi kawasan Sungai Kinarut, Kuala Sungai Kinarut, pantai Kinarut, Sungai Kawang dan Kuala Sungai Kawang. Hasil analisis menunjukkan kepekatan yang paling tinggi ialah Pb dan Zn iaitu masing-masing bernilai 205.0 bpj dan34.2 bpj. Nilai tertinggi ini terdapat dalam sampel N6 dan N3 iaitu di kawasan tanah paya Sungai Kinarut. Purata kandungan Cr dan Cu pula ialah 2.08 bpj dan 4.8 bpj. Hasil kajian juga menunjukkan nilai kandungan logam berat dalam tanah paya adalah lebih tinggi berbanding dengan sedimen pantai. Ini kerana kepekatan logam berat dikawal oleh nilai pH berasid, kandungan organik, kandungan air dan juga kandungan peratusan lempung yang tinggi. Nilai Cu dan Pb yang tinggi berbanding dengan nilai normal menunjukkan kemungkinan berlakunya pencemaran kesan disebabkan oleh aktiviti perindustrian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Geology, Crocker formation, Quaternary sediment, Structural geology, Sungai Kinarut, Kinarut Beach, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 Sep 2012 07:02
Last Modified: 13 Oct 2017 01:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4901

Actions (login required)

View Item View Item