Pengaruh dalam kumpulan sosial dalam corak pemakanan : kajian kes ke atas golongan muda (Prasiswazah Universiti Malaysia Sabah)

Siti Nur Amal Ismail, (2010) Pengaruh dalam kumpulan sosial dalam corak pemakanan : kajian kes ke atas golongan muda (Prasiswazah Universiti Malaysia Sabah). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000772.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan mengkaji pengaruh kumpulan sosial yang mempengaruhi corak pemakanan dikalangan prasiswazah Universiti Malaysia Sabah. Objektif lain bagi kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar dalam pemilihan makanan, persepsi pelajar dalam corak pengambilan makanan mereka dan corak pengambilan makanan dikalangan pelajar. Kaedah soal selidik dan borang kekerapan makanan (Food Frequency Questionnaire-FFQ) semikuantitatif yang mempunyai 110 jenis makanan sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dan mengkaji corak pemakanan responden dalam kajian ini. Seramai 141 responden yang terdiri daripada prasiswazah perempuan dan lelaki Universiti Malaysia Sabah telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina, India, dan Bumiputra Sabah/Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga merupakan faktor kumpulan sosial utama yang mempengaruhi corak pemakanan responden iaitu sebanyak 31.2%. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti tahap pengetahuan responden adalah dalam kategori baik (61%) dan memuaskan dengan memperolehi skor 9-12. Terdapat hubungan signifikan yang lemah antara persepsi amalan pengambilan makanan dan jantina (p<0.05, rs= 0.193). Hasil kajian dari borang kekerapan makanan menunjukkan jenis makanan utama yang paling kerap diambil dalam sehari oleh responden adalah nasi (94.33%). Responden menunjukkan pengambilan air kosong yang kurang memuaskan (53.19%) dengan mengambil sekurang-kurangnya 6 gelas air sehari. Kesimpulannya, faktor keluarga merupakan pengaruh kumpulan sosial utama bagi majoriti pelajar berumur dari 19-21 tahun dan memainkan peranan dalam mempengaruhi corak pemakanan pelajar. Memandangkan masih belum terdapat kajian yang berkaitan dengan pengaruh kumpulan sosial dijalankan di Unlversiti Malaysia Sabah, kajian dapat menjadi satu kajian permulaan kepada penyelidikan yang akan datang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Eating patterns, Social groups, Knowledge for food, Young adults, Students, Universiti Malaysia Sabah
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 26 Sep 2012 08:10
Last Modified: 13 Oct 2017 01:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4928

Actions (login required)

View Item View Item