Geologi am dan geomorfologi kawasan Beaufort-Mesapol, Sabah

Noordiran Kassim, (2006) Geologi am dan geomorfologi kawasan Beaufort-Mesapol, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000366.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian adalah terletak di antara sempadan Beaufort hingga Pekan Mesapol. Kawasan kajian ini dibatasi oleh garis lintang 5°6'U hingga 5°12'U dan garis bujur 115° 35'T hingga 115°41'T. Kawasan kajian terdiri daripada kawasan tanah rendah dan sederhana tinggi yang berkeluasan 100 km². Kawasan kajian terdiri daripada tiga formasi iaitu Formasi Crocker, Formasi Meligan dan Formasi Liang. Formasi Crocker yang bertindih secara ketakselarasan bersudut terletak di Selatan kawasan kajian. Ketakselarasan bersudut ini ditemui berdasarkan cerapan di lapangan. Formasi Meligan dan Formasi Liang masing-masing terletak di Utara dan Barat kawasan kajian. Formasi Crocker ditafsirkan berusia Eosen hingga Meosen Awal berdasarkan ciri- ciri endapan turbidit yang ditemui di lapangan dan berdasarkan kajian petrografi dan kajian terdahulu. Formasi Crocker di kawasan kajian terdiri dari tiga unit batuan yang terdiri dari unit syal tebal, batu pasir berselang lapis dengan syal dan unit batu pasir tebal. Formasi Meligan pula telah ditafsirkan berusia Miosen Atas berdasarkan penemuan fosil surih ophiomorpha sp di lapangan yang bidup di laut cetek. Formasi ini terdiri dari dua unit batuan iaitu batu pasir tebal dan unit batu pasir berselang lapis dengan lumpur. Formasi Liang di kawasan kajian ditafsirkan berusia Pliosen Tengah. Unit batuan bagi formasi ini adalah terdiri dari dua unit batuan iaitu batu pasir kelabu kehitaman dan konglomerat berpebel. Hasil analisis struktur yang dilakukan, didapati kawasan kajian telah mengalami mampatan utama pada Barat Laut - Tenggara. Kajian geomorfologi yang dilakukan mendapati Sungai Lakutan telah mengalami proses kematangan sungai melalui perubahan yang berlaku pada 10 tahun yang terdahulu. Perubahan yang didapati adalah daripada sungai bermeander, pembentukan tasik ladam sehinggalah terbentuknya tinggalan meander iaitu tasik ladam yang telah mengering.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geomorphological, Crocker formation, Liang formation, Meligan formation, Beaufort to Mesapol, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Dec 2011 08:23
Last Modified: 12 Oct 2017 03:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/513

Actions (login required)

View Item View Item