Analisis kualiti air minuman di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu

Mohamad Rizuan Usnie, (2008) Analisis kualiti air minuman di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000878.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Analisis kualiti air minuman telah dijalankan ke atas sumber air daripada mesin rawatan air minuman iaitu mesin osmosis songsang dan Water Dispenser yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Kota Kinabalu. la bertujuan mengetahui tahap kualiti air minuman tersebut sama ada mematuhi tahap piawaian kualiti air yang telah ditetapkan oleh Akta Makanan dan Minuman Malaysia 1983, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Jabatan Alam Sekitar (JAS). Parameter yang dipilih adalah nilai pH, turbiditi, tahap kandungan ion klorida, jumlah pepejal terlarut, dan kepekatan logam Fe, Pb, Zn dan Al. Pengukuran dijalankan dengan menggunakan alat pengukuran (Vernier LabPro) bagi parameter pH dan turbiditi. Sementara itu, kaedah titrimetri dan gravimetri digunakan untuk menganalisis kandungan ion klorida dan jumlah pepejal terlarut masing - masing. Kandungan logam berat di dalam sampel air tersebut dianalisis dengan menggunakan FAAS. Hasil analisis menunjukkan bahawa nilai pH 7.43 - 7.71, Turbiditi (0.0 - 4.0 NTU), Cr (0.67 - 1.67 mgl-1), TDS (0.01 - 0.11 mgl""'), Fe (0.015 mgr'), Pb (0.019 - 0.043 mgl-1), Zn (0.005 -0.013 mgl-'), dan Al (0.092 - 0.146 mgr') masing - masing. Kesemua parameter adalah mematuhi tahap piawaian air minuman dalam Akta Makanan dan Minuman 1983, WHO atau JAS. Ini membuktikan bahawa air minuman di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Kota Kinabalu adalah sesuai dan selamat untuk digunakan berdasarkan kepada lima parameter di atas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: water quality, UMS
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 04:50
Last Modified: 13 Oct 2017 07:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5861

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository