Implikasi penghantaran semula pekerja asing : kajian kes di Felda Umas, Tawau,Sabah

Hartaty Alimin, (2009) Implikasi penghantaran semula pekerja asing : kajian kes di Felda Umas, Tawau,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000897.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan usaha yang dilakukan oleh pengkaji untuk mengetahui implikasi penghantaran semula pekerja asing yang berlaku di Felda Umas, Tawau, Sabah. Teori yang berkaitan dengan penghijrahan pekerja asing ke negara ini adalah Teori Tarikan- Tolakan. Faktor tarikan pekerja asing ke negara ini adalah wujudnya kekurangan penawaran tenaga buruh tidak mahir. Manakala faktor tolakan pula adalah tingkat upah yang rendah di negara asal mereka.P enggunaanb uruh asing yang ramai di FeldaU mas juga adalah disebabkan rakyat tempatan yang terlalu memilih pekerjaan dan kurang kemahiran dalam pekerjaan di ladang. Faktor-faktor yang mendorong pihak pengurusan Felda Umas menghantar semula pekerja asing mereka adalah kerana permit kerja pekerja asing telah tamat dan faktor kesihatan yang kurang balk dalam kalangan pekerja asing. Oleh itu, implikasi penghantaran semula pekerja asing dapat dibahagikan kepada implikasi negatif dan positif. Implikasi negatif yang utama adalah produktiviti ladang jatuh akibat kekurangan pekerja asing walaupun dalam jumlah 10-30 orang setahun. Manakala implikasi positif yang wujud pula adalah dapat mengurangkan jangkitan penyakit yang dihidapi oleh pekerja asing. Hal tersebut untuk mengelakkan jangkitan penyakit berlaku di ladang dan merebak kepada masyarakat tempatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: FOREIGN WORKER , FELDA UMAS , TAWAU ,SABAH
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 13 May 2013 05:47
Last Modified: 13 Oct 2017 08:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5884

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository