Pembangunan produk bar granola pisang dan nangka Universiti Malaysia Sabah

Ratna Duha Fatinah Mohamad, (2011) Pembangunan produk bar granola pisang dan nangka Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2166Kb

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk membangunkan produk bar granola berasaskan buah pisang dan nangka. Enam formulasi disediakan berdasarkan perubahan penggunaan peratusan buah-buahan kering (pisang dan nangka) dan madu. Ujian pemeringkatan BIB (Balanced Incomplete Block) telah memilih tiga formulasi terbaik, iaitu F2, F3 dan F5. Ujian hedonik telah memilih formulasi F5 sebagai formulasi terbaik dari segi atribut rupa bentuk, kelekitan, kemanisan, keseimbangan rasa buah pisang dan nangka dan penerimaan keseluruhan. Ujian analisis proksimat menunjukkan bahawa bar granola mengandungi kandungan lembapan sebanyak 14.28 ± 0.50%, protein sebanyak 4.88 ± 0.59%, karbohidrat sebanyak 72.10 ± 0.44%, lemak sebanyak 5.87 ± 0.13%, serat sebanyak 1.72 ± 0.47% dan abu sebanyak 1.18 ± 0.22%. Sagi kajian mutu simpanan, bar granola telah disimpan selama enam minggu pada suhu bilik (28°C±2°C) dengan ujian kandungan lembapan dan ujian mikrobiologi telah dijalankan. Kandungan lembapan bar granola meningkat berkadar dengan masa iaitu 17.60±0.01% pada minggu ke-enam. Hasil kiraan koloni ujian mikrobiologi menunjukkan bar granola yang disimpan pada suhu bilik (28°C±2°C) masih selamat dimakan iaitu 2.9x103 bagi bacaan kiraan plat agar manakala 3.1x103 bagi hasil kiraan yis dan kulat.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:bar granola, pisang, nangka, Universiti Malaysia Sabah
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5946
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 May 2013 11:49
Last Modified:16 May 2013 11:49

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository