Geologi am dan sedimentologi kawasan Barat Daya Kota Belud

Wei, Boon Hock (2006) Geologi am dan sedimentologi kawasan Barat Daya Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000357.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Pantai Barat Sabah yang mana kedudukannya dibatasi oleh garis lintang 06°16'N hingga 06°22'N dan garis bujur 116°20'E hingga 116°26'E dengan keluasan kira-kira 132km². Kawasan kajian ini terdiri daripada Formasi Crocker dan Endapan Aluvium Kuatemer. Formasi Crocker di kawasan kajian yang berusia Eosen Lewat hingga Miosen Awal terdiri daripada beberapa unit litologi iaitu unit batu pasir tebal (Fasies A), unit selang lapis batu pasir dengan syal (Fasies B/C), syal kelabu (Fasies D) dan syal merah (Fasies E). Batu pasir yang terdapat di kawasan kajian boleh dikelaskan sebagai jenis wak kuarza dan greiwak. Batu pasir ini matang dari segi kematangan kimia dan sederhana buruk dari segi kematangan tekstur. Sekitaran pengendapan di kawasan kajian dapat ditafsirkan sebagai endapan fasies flysch laut dalam di mana wujudnya batu pasir yang berselang lapis secara berirama dan membentuk jujukan batu pasir dengan syal yang baik. Analisis jujukan menegak menunjukkan kawasan kajian merupakan endapan laut dalam yang terbentuk di kipas tengah. Analisis struktur tempatan seperti perlapisan, lipatan, sesar dan kekar menunjukkan arah daya mampatan adalah berarah Barat Laut - Tenggara dan Timur Laut - Barat Daya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Sedimentology, Crocker formation, Kota Belud, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Nov 2011 10:51
Last Modified: 12 Oct 2017 03:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/596

Actions (login required)

View Item View Item