Pembangunan gegulung durian

Nadzirah Hanis Zainordin, (2011) Pembangunan gegulung durian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001007.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan satu formulasi terbaik gegulung durian melalui Ujian Pemeringkatan Balance Incomplete Block (BIB) dan Ujian Hedonik. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dan tiga formulasi terbaik telah dipilih melalui Ujian Pemeringkatan BIB. Formulasi F10, F11 dan F12 telah dipilih untuk menjalani Ujian Hedonik dan melalui ujian ini F12 merupakan hasil formulasi terbaik gegulung durian. Formulasi F12 mengandungi 60% durian, 1.25% asid, 3% pektin, 15% gula dan 20.75% air dan dikeringkan pada suhu 50°C di dalam kabinet pengeringan selama 18 jam. Analisis proksimat yang dijalankan menunjukkan gegulung durian F12 mengandungi kandungan lembapan 15.57%, kandungan abu 1.44%, protein 2.08%, lemak 3.08%, serabut kasar 0.76% dan karbohidrat 76.63%. Ujian fizikokimia yang dijalankan selama lapan minggu menunjukkan perubahan dari nilai pH (3.84-3.82), jumlah pepejal larut °Briks 30.6-31.6), peratusan jumlah asid (1.60%-1.90%) dan kandungan lembapan (15.57%-16.01%). Ujian mikrobiologi menunjukkan beban mikroorganisma adalah <1 x 102 (cfu/g) dan membuktikan produk bebas daripada pencemaran mikroorganisma seperti bakteria, yis dan kulat sepanjang lapan minggu penyimpanan. Produk gegulung durian ini mempunyai jangka hayat yang melebihi dua bulan penyimpanan. Ujian pengguna yang dijalankan menunjukkan produk gegulung durian ini berpotensi untuk mendapat tempat dipasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: durian roll, balance incomplete (BIB , ranking test, hedonic test
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 May 2013 03:51
Last Modified: 13 Oct 2017 08:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5983

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository