Keberkesanan pensijilan halal di rumah sembelihan ruminan di Sabah

Nur Zulaikha Rahim, (2011) Keberkesanan pensijilan halal di rumah sembelihan ruminan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2401Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti keberkesanan sistem pensijilan halal di rumah sembelihan ruminan di Negeri Sabah berdasarkan peranan yang dimainkan oleh badan kerajaan, kepatuhan terhadap piawaian pensijilan halal di rumah sembelihan ruminan dan persepsi pengguna terhadap keberkesanan sistem Pensijilan Halal Malaysia. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah tinjauan menggunakan set soalan temubual, borang soal selidik serta pemerhatian secara langsung. Responden terdiri daripada 5 orang personel yang mewakili ahli Jawatankuasa Makanan Gunaan Islam (MGI) Negeri Sabah, 7 orang pengurus dan pengusaha rumah sembelihan ruminan dan 100 orang pengguna di sekitar Kota Kinabalu. Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0. Hasil temubual ahli Jawatankuasa Makanan Gunaan Islam (MGI) Negeri Sabah diringkaskan di dalam jadual dan hasil menunjukkan bahawa sistem pemantauan ke atas rumah sembelihan ruminan dan sistem rekod hasil pemantauan dan pemeriksaan masih di tahap kurang memuaskan. Persepsi pengguna terhadap keberkesanan Pensijilan Halal Malaysia adalah tinggi dengan nilai min 4.22. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan keberkesanan sistem Pensijilan Halal Malaysia adalah masih di tahap sederhana. Penambahbaikan perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan Pensijilan Halal Malaysia terutama di rumah sembelihan ruminan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:halal certification, ruminan slaughtering house, Sabah
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5994
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 May 2013 15:15
Last Modified:16 May 2013 15:15

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository