Penentuan aktiviti antioksidan buah mundu (Garcinia Dulcis) pada kematangan yang berbeza

Heng, Pei Chee (2011) Penentuan aktiviti antioksidan buah mundu (Garcinia Dulcis) pada kematangan yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001019.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan aktiviti antioksidan bagi ekstrak methanol, etanol, heksana dan air panas untuk dua bahagian (isi dan kulit) buah mundu (Garcinia dulcis) dengan kematangan (matang dan mentah) yang berbeza. Garcinia dulcis (keluarga: Guttiferae; nama tempatan: mundu) merupakan buah nadir yang boleh didapati di Sabah, Malaysia. Bahagian isi dan kulit Garcinia dulcis dengan kematangan yang berbeza dianalisis untuk aktiviti antioksidan dan jumlah kandungan fenolik. Aktiviti antioksidan diuji dengan Aktiviti Mengaut Radikal DPPH (1) -diphenyl-2-picryllhydrazyl) dan Kuasa Antioksidan Penurunan Ferik (FRAP). Ekstrak kulit Garcinia dulcis menunjukkan aktiviti mengaut radikal bebas dan kuasa antioksidan penurunan yang tinggi dan signifikan (p<0.05) berbanding dengan ekstrak isi. Jumlah kandungan fenolik dalam sampel buah adalah dalam julat antara 5.48 - 312.46 mg GAE/L. Ekstrak kulit untuk buah mentah dan ekstrak isi buah yang matang masing-masing mengandungi jumlah kandungan fenolik yang palingtinggi (312.46 mg GAE/L) dan paling rendah (5.48 mg GAE/L). Aktiviti antioksidan ekstrak adalah berkolerasi secara signifikan dengan jumlah kandungan fenolik. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan pelarut metanol merupakan pelarut yang paling efektif untuk mengekstrak kompaun antioksidan dari Garcinia dulcis berbanding dengan pelarut lain. Kandungan fitokimia dan aktiviti antioksidan Garcinia dulcis terutamanya produk sampingan (kulit), menandakan buah ini memberi kesan kebaikan kepada kesihatan apabila dimakan dan seharusnya dijadikan sumber antioksidan yang bernilai dalam bidang nutraseutikal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: garcinia dulcis, mundu, antioxidant, methanol, ethanol, hexane, maturity
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 May 2013 03:05
Last Modified: 13 Oct 2017 07:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5997

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository