Pembangunan produk aiskrim kelapa (Cocos Nucifera)

Muhammad Azwan Kamaruddin, (2011) Pembangunan produk aiskrim kelapa (Cocos Nucifera). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
1756Kb

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan bagi tujuan membangunkan produk aiskrim kelapa. Sebanyak sembilan formulasi telah dibentuk pada awal kajian. Setelah menjalani ujian pemeringkatan balanced incomplete block, sebanyak tiga formulasi telah dipilih sebagai tiga formulasi terbaik. Seterusnya ujian hedonik dijalankan bagi mendapatkan formulasi akhir terbaik produk aiskrim kelapa. Formulasi yang terpilih adalah formulasi ke empat. Analisis-analisis proksimat seperti kandungan protein, lemak, abu, lembapan, serabut kasar dan karbohidrat telah dijalankan bagi produk ini. Masingmasing dengan min bacaan sebanyak 10.56±3.11, 6.68±0.38, 14.26±0.31, 0.53±0.07, 62.89±3.02, dan 5.08±0.13. Selain itu, analisis fiziokimia seperti nilai pH dan jumlah pepejal terlarut turut dilakukan bagi setiap minggu selama lapan minggu penyimpanan. Nilai skor min aiskrim kelapa selama lapan minggu penyimpanan adalah sebanyak 6.45±0.13 bagi pH dan sebanyak 35.8±0.26 bagi jumlah pepejal terlarut. Selain analisis fiziokimia, ujian mikrobiologi juga turut dijalankan bagi menentukan kualiti dan tahap keselamatan produk sehingga minggu ke lapan penyimpanan. Sebanyak dua ujian, iaitu ujian jumlah kiraan plat (TPC) serta ujian kulat dan yis telah dijalankan bagi setiap dua minggu selama lapan minggu penyimpanan dengan min bacaan sebanyak 4.84x 104 dan 3.08x 104 masing-masing. Peratusan overrun bagi produk ini adalah sebanyak 54 %. Akhir sekali, ujian pengguna telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas orang awam terhadap penerimaan keseluruhan produk aiskrim kelapa dan penerimaan produk aiskrim kelapa sekiranya dipasarkan. Sebanyak 93 % bersetuju bahawa produk ini dapat menyaingi produk-produk aiskrim lain yang terdapat di pasaran, manakala selebihnya beranggapan bahawa produk ini mungkin berjaya sekiranya ia dipasarkan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:coconut, ice cream, product
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:5998
Deposited By:IR Admin
Deposited On:21 May 2013 11:11
Last Modified:21 May 2013 11:11

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository