Pengambilan susu dan produk tenusu di kalangan murid Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu

Wong , Zi Bin (2011) Pengambilan susu dan produk tenusu di kalangan murid Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2260Kb

Abstract

Kajian dijalankan adalah Kajian Observasi berbentuk Deskriptif mengenai status pengambilan susu dan produk tenusu di kalangan murid Sekolah Kebangsaan (S.K.) Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu. 221 subjek (Ielaki, n=116; perempuan, n=105) termasuk Bumiputra Sabah dan Sarawak, Melayu, Cina, India dan lain-lain kumpulan etnik yang berumur 7 hingga 11 tahun terlibat dalam kajian ini. Dua kaedah penilaian pengambilan harian digunakan untuk pengumpulan data, Peringatan Diet 24-jam 3-hari dan Borang Kekerapan Pengambilan Makanan (FFQ). Sebelum kajian, ujian rintis telah dijalankan dan FFQ yang digubah khas untuk susu dan produk tenusu disahkan kesahihan. Purata pengambilan tenaga, protein, lemak dan kalsium harian subjek masing-masing dianggar pada 1683.75 ± 745.60 kcal, 72.18 ± 28.94 g, 64.87 ± 28.12 9 dan 669.01 ± 288.57 mg. Peratusan anggaran sumbangan susu dan produk tenusu kepada jumlah pengambilan tenaga, protein, lemak dan kalsium harian adalah 37.5 ± 29.6%, 28.4 ± 20.6%,41.2 ± 29.3% dan 103.9 ± 96.8%. Subjek dianggar mengambil 3.2 ± 2.6 sajian piawai susu dan produk tenusu sehari, dengan pengambilan subjek lelaki (3.5 ± 3.0 sajian) lebih tinggi berbanding subjek perempuan (2.8 ± 2.1 sajian). Pengambilan susu dan produk tenusu harian subjek mencapai saranan pengambilan sajian piawai susu dan produk tenusu harian dalam Piramid Makanan Malaysia. Jenis susu dan produk tenusu yang digemari dan paling kerap diambil oleh murid sekolah rendah adalah produk tenusu lain seperti minuman susu kultur dan minuman bijirin coklat (98.2%), krimer tenusu seperti krimer pekat dan krimer sejat (97.3%) dan susu segar (95.9%). Faktor-faktor pengambilan seperti umur (r=-0.259, p=0.042) dan kumpulan etnik (X2=23.569, p=0.023) bersandar kepada pengambilan susu dan produk tenusu subjek. Sebagai kesimpulan, tahap pengambilan susu dan produk tenusu subjek kajian adalah memuaskan. Namun, usaha untuk mempromosikan pengambilan susu dan produk tenusu perlu dilakukan kepada murid-murid yang pengambilan harian kurang daripada 1 sajian piawai.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:milk and dairy product, consumption, pupil, SK Lok Yuk Likas
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6115
Deposited By:IR Admin
Deposited On:29 May 2013 09:22
Last Modified:29 May 2013 09:22

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository