Geologi am dan geomorfologi kawasan Utara Menumbok, Sabah

Mark Nyandang, (2008) Geologi am dan geomorfologi kawasan Utara Menumbok, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000343.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di utara Pekan Menumbok, iaitu kira-kira 147km dari Kota Kinabalu dan dibatasi oleh garis lintang 5°21 'U hingga 5º26'U serta garis bujur 115°21 'E hingga 115°26'T. Pemerhatian di lapangan mendapati kawasan kajian terbentuk dari Formasi Temburung yang berusia Oligosen hingga Miosen Awal dan terdiri daripada tiga litologi iaitu unit syal tebal, unit selang lapis batu pasir dengan syal dan unit batu pasir tebal. Selain itu terdapat juga Formasi Belait yang berusia Miosen Atas hingga Miosen Bawah, dan endapan aluvium. Skop kajian ini menjurus kepada kajian geomorfologi kawasan kajian di mana proses-proses geomorfologi dan agen geomorfologi yang terlibat dalam pembentukan morfologi kawasan kajian dibincangkan. Melalui analisis fotoudara dan pemerhatian di lapangan, didapati bahawa kawasan ini dibahagi kepada tiga kawasan utama iaitu bahagian timur yang kebanyakan diliputi oleh kawasan paya bakau dan bertopografi rendah dan agak rata, bahagian tengah yang didominasi oleh earnpuran hutan primer dan hutan sekunder merupakan kawasan yang bertopografi tinggi, manakala bahagian barat didominasi oleh endapan aluvium pantai dan mengalami proses-proses geomorfologi pantai yang berlaku seeara berterusan. Seeara keseluruhan, kawasan kajian telah mengalami luluhawa yang tinggi akibat tindakbalas eksogen seperti luluhawa, susutan darat, hakisan hujan, hakisan sungai dan hakisan ombak. Proses-proses geomorfologi ini dibantu oleh agen-agen geomorfologi seperti hujan, air sungai, ombak, angin, graviti dan hidupan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa proses geomorfologi ini banyak mempengaruhi morfologi yang ada dikawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Geomorphological process, Temburong formation, Menumbok, Sabah
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Dec 2011 07:50
Last Modified: 12 Oct 2017 05:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/615

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository