Komposisi nutrien rumpai laut perang Sargassum spp. dari Kudat, Semporna dan Kota Kinabalu

Tses, Mun Ngah (2011) Komposisi nutrien rumpai laut perang Sargassum spp. dari Kudat, Semporna dan Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001062.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan komposisi nutrien rumpai laut perang dari genus Sargassum yang tumbuh secara semula jadi di tiga kawasan yang berlainan di perairan Sabah, iaitu Kudat, Semporna dan Kota Kinabalu. Komposisi nutrien yang ditentukan adalah kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serabut kasar, serabut dietari, mineral dan komposisi asid lemak berdasarkan kaedah AOAC. Kandungan karbohidrat dikira daripada perbezaan jumlah data yang diperolehi. Kandungan lembapan berada pad a julat 11.85 - 13.43%. Karbohidrat (46.03 - 52.30%) merupakan komponen utama dalam rumpai laut Sargassum yang dikaji dari ketiga-tiga kawasan, diikuti dengan kandungan serabut dietari dan abu. Kandungan abu (15.70 - 17.30%) dan serabut dietari (19.60 - 21.40%) diperhatikan tinggi dalam rumpai laut ini, manakala rendah kandungan lemak (0.39 - 0.60%). Jumlah kandungan mineral makro (K, Na, Ca, Mg) dan mineral mikro (Fe, Zn) berada pada julat 1329.5 - 1402.2 mg/l00g dan 15.13 - 27.33 mg/100g masing-masing dalam asas berat kering. Kandungan asid lemak tepu (66.74 - 70.18% daripada jumlah kandungan asid lemak) adalah lebih tinggi berbanding asid lemak tak tepu (29.83 -34.66%) dalam semua sampel dari ketiga-tiga kawasan yang dikaji. Asid plamitik merupakan komponen utama SFA manakala komposisi utama PUFA terdiri daripada C18 PUFA. Kandungan protein kasar dalam rumpai laut Sargassum dari Kota Kinabalu (10.70%) adalah lebih tinggi daripada Sargassum spp. dari Semporna (7.77%) dan Kudat (5.57%). Perbezaan kandungan nutrien mung kin disebabkan oleh faktor spesies, kematangan rumpai laut, kedudukan geografi dan parameter persekitaran pertumbuhan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: brown seaweed, sargassum spp., nutrient, protein
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Jun 2013 07:36
Last Modified: 13 Oct 2017 09:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6151

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository