Kajian terhadap trend laktasi lembu tenusu di Sabah

Then, Cletus Kae Sy (2006) Kajian terhadap trend laktasi lembu tenusu di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001089.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan untuk mendapat maklumat tentang tempoh dan hasil laktasi lembu tenusu di Sabah untuk mengenali trend laktasi. Dalam kajian, 18 ladang telah dikunjungi yang terdiri daripada dua jenis praktik iaitu fidlot dan penggembalaan. Pentemakan tenusu telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada industri temakan, yang terdiri daripada kacukan Friesian-Sahiwal, import Australia dengan nisbah 62.5% Friesian 37.5% Sahiwal dan import New Zealand dengan 50% Friesian 50% Sahiwal. Lembu yang dilahirkan di Sabah disebut sebagai Sabah Sahiwal-Friesian (SSF). Semua lembu tersebut diperah dua kali sehari. Keputusan yang diperolehi menunjukkan laktasi lembu tenusu adalah di antara 6 liter hingga 12 liter sehari dengan min 8.6 liter sehari sekiranya tidak mengalami kegagalan laktasi. Min bagi bilangan hari lembu tenusu melaktasi ialah 278 hari dan min jumlah hasil susu per laktasi ialah 2489 liter. Kejadian kegagalan laktasi berlaku di ladang-Iadang tertentu seperti pentemak yang barn menerima lembu barn, atau berlaku pada peringkat individu dalam kumpulan yang sedang melaktasi. Maklumat kajian adalah diperolehi daripada pentemak yang dipilih. Maka, kadar kepercayaan kepada data pada aspek temakan tenusu tertentu adalah berdasarkan pengalaman pentemak yang membekalkan maklumat.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: dairy cattle, lactation length, dairy livestock, trend lactation
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Jun 2013 03:26
Last Modified: 16 Oct 2017 06:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6205

Actions (login required)

View Item View Item