Kandungan klorofil alfalfa sprout dan potensinya sebagai minuman

Hong, Pui Khoon (2003) Kandungan klorofil alfalfa sprout dan potensinya sebagai minuman. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001095.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah menentukan kandungan klorofil dalam alfalfa sprout dan potensinya sebagai minuman. Kajian awal telah dilakukan untuk menentukan masa tuai alfalfa sprout yang paling baik. Paramater-parameter yang telah dikaji ialah perolehan sprout, perolehan jus; nilai pH dan darjah Brix pada jus; serta kandungan klorofil dan protein dalam jus. Rekabentuk formulasi yang berbentuk faktorial telah digunakan untuk mendapatkan sejumlah 18 formulasi minuman dengan menggunakan kombinasi jus alfalfa (10%,20% dan 30%), jus limau kasturi (1% dan 2%) serta gula (10% dan 15%). Formulasi yang paling baik dipilih dengan menggunakan pemarkahan ranking serta skala penilaian sensori hedonik 7 -titik. Formulasi F12 (20% jus alfalfa sprout + 15% gula + 2% jus limau kasturi) yang dipilih untuk menghasilkan produk akhir mempunyai nilai min skor 4.58 ± 1.21 untuk warna, 3.85 ± 1.41 untuk aroma, 3.80 ± 1.34 untuk kemanisan, 4.18 ± 1.40 untuk kemasaman, dan 4.15 ± 0.81 untuk penerimaan keseluruhan. Keputusan ujian penilaian sensori telah menunjukkan bahawa minuman alfalfa sprout yang diformulasi adalah paling tinggi untuk warna (4.60 ± 1.25) dan kemasaman (4.18 ± 1.40) berbanding dengan 2 produk pasaran. Kajian juga mendapati Minuman Seiad a Air Marigold adalah paling baik dalam penerimaan keseluruhan, akan tetapi, minuman alfalfa adalah tidak berbeza secara signifikan dengan Minuman Herba Drinho. Perubahan warna, aroma, kemanisan, kemasaman dan penerimaan keseluruhan dikesan setelah produk disimpan selama 4 hari pad a 4°C. Penurunan yang signifikan pada kandungan klorofil (86.9%) dan protein (31.8%), penambahan kiraan mikrob berdaya hid up sebanyak 3 log serta peningkatan sebanyak 2 log untuk kiraan yis dan kulat juga dikesan pada hari ke-4 penyimpanan minuman di dalam cawan plastik pada suhu 4°C. Penyimpanan minuman alfalfa tanpa bahan pengawet pada 4°C dapat mengurangkan kehilangan

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: chlorophyll, alfalfa sprout, juice, nutrient
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Jun 2013 06:29
Last Modified: 16 Oct 2017 06:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6215

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository