Kajian penerimaan pengguna terhadap snek kerepek kentang di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Siew , Lai Yee (2011) Kajian penerimaan pengguna terhadap snek kerepek kentang di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2705Kb

Abstract

Objektif utama kajian adalah menilai tahap penerimaan kerepek kentang oleh pengguna Universiti Malaysia Sabah serta membandingkan kandungan garam dalam kerepek kentang. Ujian statistik yang digunakan ialah ANOVA, korelasi, khi kuasa dua dan ujian T sampel bebas. Kerepek kentang berjenama Mister Potato, Pringles, Jack n' Jill dan Chipster telah dinilai oleh 196 orang pengguna Universiti Malaysia Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan (p=0.867) untuk penerimaan keseluruhan antara kerepek kentang rekaan yang berjenama Mister Potato dan Pringles. Di sebaliknya, penerimaan keseluruhan untuk kerepek kentang biasa yang berjenama Jack n' Jill (4.53±1.42) adalah signifikan (p<0.01) berbeza daripada Chipster (S.12±1.22). Kerepek kentang Jack n' Jill adalah kurang diterima kerana ia mempunyai darjah kesukaan warna, sifat berminyak, kemasinan dan kerangupan yang signifikan (p<0.05) lebih rendah berbanding Chipster. Penentuan kandungan garam dengan kaedah Mohr menunjukkan kerepek kentang Jack n' Jill mempunyai kandungan garam yang paling rendah (374.51±30.54mg). Ia menunjukkan bahawa pengguna adalah lebih menyukai kerepek kentang yang lebih masin dan mereka adalah cenderung untuk memilih kerepek kentang berdasarkan rasa berbanding dengan aspek kesihatan. Kajian juga mengkaji tentang tabiat pengambilan kerepek kentang dan tahap pengetahuan mengenai kerepek kentang dengan 384 orang responden Universiti Malaysia Sabah melalui borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan kerepek kentang adalah disukai ramai dan 51.30% responden mengambilnya dua hingga empat kali sebulan. Pemilihan kerepek kentang adalah berdasarkan perisa, harga, ramuan dan jenama, manakala sebab pengambilan adalah kerana ia sedap, seronok dan dapat menghilangkan kelaparan. Kira-kira 62.70% pengguna mempunyai tahap pengetahuan antara sederhana tinggi (tujuh hingga sembilan markah) dan tinggi (10 hingga 12 markah). Jantina perempuan mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi berbanding lelaki (X2=12.23, p<0.05).

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:potato chip, acceptance, consumer, mister potato, pringles
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:6252
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Jun 2013 09:46
Last Modified:13 Jun 2013 09:46

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository