Kesan ketoksikan akut biji panji mentah, pengasapan dan didih terhadap tikus sprague-dawley

Tan, See Yee (2009) Kesan ketoksikan akut biji panji mentah, pengasapan dan didih terhadap tikus sprague-dawley. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001144.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kesan ketokslkan biji pangi terhadap tikus-tikus jantan dan betina. Kajian ini dijalankan selama 28 hari dan 108 ekor tikus (60 ekor jantan dan 48 tikus betina) yang dalam Iingkungan umur 5 hingga 10 minggu telah diguna. Empat jenis kepekatan (0%, 0.5%, 1.0% dan 2.0%) telah dipilih bagi tiga jenis sampel blji pangi (mentah, pengasapan dan didih) dan setiap larutan diuji dengan 5 ekor tikus jantan dan 4 ekor tikus betina. Larutan biji pangi diberikan secara penyuapan paksaan (Forced feed) pada setiap waktu pagi. LD50 yang diikuti di dalam kajian ini adalah bersepadan dengan dos 1000mg/kg. Selain itu, berat badan dicatatkan pada hujung setiap minggu dan dianalisis dengan Paired student t-test Didapati bahawa selepas 28 hari, 5 ekor tikus (seekor dari mentah, dua ekor dari pengasapan dan dua ekor dari didih) telah dijumpai mati selepas diberi rawatan biji pangi. Maka, tikus lain dimatikan dan darahnya dikumpul dan diuji dengan mesin Biochemical analyzer. Selain itu, organ khusus (hati, ginjal, jantung, Iimpa dan testis) dikeluarkan dan beratnya dicatatkan. Nisbah berat organ kepada berat badan dianalisis dengan One-way ANOVA, Dunnett test Daripada keputusan yang diperoleh, perubahan berat badan tikus-tikus tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Walaubagaimanapun, ujian serum telah menunjukkan perbezaan yang slgnifikan kepada tahap kandungan enzim ALT, AST dan kreatina bagi sampel biji pangi pengasapan dan didih. Selaln itu, penurunan tahap kandungan urea dan glukosa selepas 28 hari rawatan telah menunjukkan bahawa kesan ketoksikan biji pangi tidak mempengaruhi tahap kandungannya. Berat organ hati, ginjal dan jantung bagi tikus yang mengambil sampel pengasapan dan didih menunjukkan perbezaan yang signifikan terutama pada dos kepekatan yang tinggi. Tambahan pula, pertumbuhan tompok kecil yang berwama kuning telah diperhati pada organ hati dan ginjal. Maka, biji pangi mentah, pengasapan dan didih telah menunjukkan kesan ketoksikan yang berkesan di kalangan tikus-tikus.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: acutr toxicity, raw, smoke, boil, pangi seed, sprague-dawley rat, gender
Subjects: Q Science > QD Chemistry
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Jun 2013 02:03
Last Modified: 23 Oct 2017 04:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6320

Actions (login required)

View Item View Item