Keberkesanan intervensi pendidikan pemakanan dari segi pengetahuan, sikap dan amalan ibubapa atau peniaga penerima bantuan bakul makanan di daerah Penampang

Nurul Diyana Yassin, (2010) Keberkesanan intervensi pendidikan pemakanan dari segi pengetahuan, sikap dan amalan ibubapa atau peniaga penerima bantuan bakul makanan di daerah Penampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001145.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan intervensi pendidikan pemakanan dari segi pengetahuan, sikap dan amalan ibubapa atau penjaga penerima bakul makanan di daerah Penampang selepas menerima empat bulan intervensi pendidikan pemakanan. Seramai 20 orang subjek dari dua klinik kesihatan kesihatan serta empat klinik desa mengikuti kajian ini. Kumpulan intervensi terdiri daripada 11 orang subjek dan 9 orang subjek kumpulan kawalan yang tidak menerima sebarang bentuk pendidikan pemakanan. Intervensi pendidikan pemakanan merangkumi empat kali demonstrasi masakan, risalah bergambar, dua kali sesi kaunseling dan dua kali sesi ceramah. Soalselidik pengetahuan, sikap dan amalan telah dilakukan sebanyak iaitu sebelum intervensi pendidikan pemakanan bermula (baseline) dan selepas empat bulan intervesi pendidikan pemakanan. Keputusan menunjukkan terdapatnya perbezaan purata skor pengetahuan yang signifikan antara kumpulan intervensi pada sebelum dan selepas intervensi pendidikan pemakanan (t=10.668, p<0.05) dengan perbezaan purata skor sebanyak 9.91±3.08. Terdapat juga perbezaan purata skor sikap yang signifikan (t=16.110, p<0.05) antara kumpulan intervensi pada sebelum dan selepas intervensi pendidikan pemakanan dengan perbezaan min sebanyak 13.45±2.77. Didapati terdapatnya perbezaan purata skor amalan yang signifikan (t=0.476, p<0.05) pada sebelum dan selepas intervensi pendidikan pemakanan dengan perbezaan purata skor sebanyak 5.73±2.00. Akan tetapi, purata skor pengetahuan, sikap dan amalan kumpuan kawalan tidak berubah sepanjang intervensi pendidikan pemakanan. Terdapatnya perkaitan yang signifikan antara tertii pengetahuan dengan tertiI sikap (r=0.729, p<0.01) dan tertii amalan (r=0.570, p<0.01) kumpulan intervensi pada sebelum dan selepas intervensi pendidikan pemakanan. Kesimpulannya, kajian intervensi pendidikan pemakanan ini berkesan meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan ibubapa penerima bantuan bakul makanan dan program intervensi pendidikan pemakanan seperti ini harus diteruskan dan ditambahbaik untuk mengurangkan masalah kurang zat makanan di negara Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nutrition education, intervention, knowledge, attitude, practice of family, additional food support, eating habit
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Jun 2013 08:00
Last Modified: 23 Oct 2017 04:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6321

Actions (login required)

View Item View Item