Penggunaan pakej pembelajaran WEDPI dalam membantu penguasaan praktis aplikasi teknologi maklumat

Johan @ Eddy Luaran, (2009) Penggunaan pakej pembelajaran WEDPI dalam membantu penguasaan praktis aplikasi teknologi maklumat. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
3955Kb

Abstract

Perubahan dalam teknik pengajaran yang mengaplikasikan teknologi maklumat membawa satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan di Negara kita. Untuk merealisasikan matlamat ini, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit dalam menyediakan peralatan, perisian serta kursus teknologi maklumat kepada guruguru. Malah insentif juga diberikan kepada kumpulan guru-guru tertentu. Namun begitu, kajian lepas menunjukkan bahawa aplikasi teknologi maklumat dalam bilik darjah ini masih pada tahap yang kurang memuaskan. Keadaan ini didorong oleh sesetengah golongan guru yang masih belum menguasai kemahiran asas aplikasi teknologi maklumat walaupun telah mengikuti kursus berkaitan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan persepsi tahap kemahiran, pengetahuan, sikap terhadap teknologi maklumat khususnya guru-guru di sekolah rendah yang mengajar di daerah Pitas. Seterusnya penyelidik membangunkan satu pakej pembelajaran multimedia (Pakej Pembelajaran WEDPI) yang diharap dapat membantu guru-guru yang kurang mahir untuk meningkatkan tahap kemahiran aplikasi teknologi maklumat. Aspek teknologi maklumat adalah merujuk kepada 'productivity tools'iaitu aplikasi pemprosesan perkataan (Microsoft word), hamparan elektronik (Microsoft Excel), pangkalan data (Microsoft Access), persembahan (Microsoft Powerpoint) dan Internet. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan model ADDIE digunakan dalam pembangunan pakej pembelajaran multimedia. Bagi mendapatkan maklumat tentang tahap kemahiran, penyelidik akan menjalankan kajian secara "hands-on" manakala data untuk persepsi tahap kemahiran, tahap pengetahuan dan sikap guru diperoleh daripada soal selidik. Kaedah reka bentuk pra eksperimental iaitu ujian pra dan ujian pos satu kumpulan dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat perubahan tahap kemahiran dan persepsi guru setelah menggunakan Pakej Pembelajaran WEDPI. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for windows Versi 15.0. Analisis univariat (ujian-t, ANOVA) dan pelbagai variat (korelasi pearson) digunakan untuk menguji hipotesis kajian pad a aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran teknologi maklumat responden masih berada pada tahap sederhana dan masih terdapat sebilangan responden yang masih tidak menguasai kemahiran teknologi maklumat. Dapatan juga menunjukkan persepsi tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap yang tinggi untuk aplikasi pemprosesan perkataan manakala persepsi rendah dicatatkan untuk aplikasi pangkalan data. Responden yang telah menggunakan Pakej Pembelajaran WEDPI memberikan komen positif tentang pengalaman menggunakan bahan pembelajaran kendiri. Responden juga menyatakan bahawa Pakej Pembelajaran WEDPI mudah digunakan, fleksibel dan dapat membantu mereka meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat mereka. Ini disokong oleh dapatan daripada ujian-t yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian skor dan min persepsi. Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat membantu guru meningkatkan penguasaan praktis aplikasi teknologi maklumat yang diharap dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian sebagai guru.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:teaching technique, information technology, multimedia learning package, skillfulness
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:6402
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Jun 2013 15:44
Last Modified:25 Jun 2013 12:23

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository