Penggunaan Model MeFots dalam pengajaran subtopik mekanisme fotosintesis terhadap pelajar Tingkatan Empat di SMK Gunsanad, Keningau

Nor Azmie Jaharsan, (2008) Penggunaan Model MeFots dalam pengajaran subtopik mekanisme fotosintesis terhadap pelajar Tingkatan Empat di SMK Gunsanad, Keningau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001184.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian berbentuk eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Model MeFots dalam pengajaran subtopik mekanisme fotosintesis ke atas pelajar aliran sains Tingkatan empat. Dua hipotesis null telah dibentuk dan perlu dibuktikan pada akhir kajian ini. Seramai 64 orang pelajar diambil sebagai sampel kajian dari kalangan pelajar Tingkatan empat di SMK Gunsanad, Keningau. Sampel kajian dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan dengan masing-masing seramai 34 dan 30 orang pelajar. Instrumen kajian seperti borang soal selidik, ujian pra dan ujian pasca digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS). Ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan ujian-t untuk menentukan kebenaran hipotesis null yang pertama, manakala Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis borang soal selidik bagi menentukan hipotesis null yang kedua. Daripada analisis data, kedua-dua hipotesis null ditolak. Ujian-t yang telah dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara skor min kedua-dua kumpulan iaitu dengan nilai 0.000. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan Model MeFots dengan minat pelajar dalam mempelajari subtopik mekanisme fotosintesis dengan tahap hubungan yang sangat tinggi iaitu dengan nilai 0.813. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pengajaran mekanisme fotosintesis dengan menggunakan Model MeFots harus dipraktikkan dan dimajukan lagi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: MeFots Model, mechanism of photosynthesis, teaching method, treatment and control group, interest
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Jun 2013 02:32
Last Modified: 23 Oct 2017 06:24
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6443

Actions (login required)

View Item View Item