Perkaitan di antara pertumbuhan yang terbantut dengan kegemukan di kalangan pelajar tadika di Petagas dan Sembulan, Kota Kinabalu

Yap, Chee Wei (2009) Perkaitan di antara pertumbuhan yang terbantut dengan kegemukan di kalangan pelajar tadika di Petagas dan Sembulan, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001210.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian keratan rentas telah dijalankan atas 141 pelajar Tadika Sinar Suria yang berumur 5 hingga 6 tahun. Penilaian antropometri, pengambilan makanan, demografi, tabiat pemakanan dan gaya hidup telah dijalankan untuk mengklasifikasikan status pertumbuhan dengan menggunakan pertumbuhan fizikal persentil dan menentukan sama ada responden terbantut mempunyai risiko menjadi gemuk. Hasil kajian didapati 45 (32%) responden terbantut, 13 (9%) responden berlebihan berat badan dan 1 (1%) responden terbantut dan gem uk. Nisbah risiko pertumbuhan terbantut dan kegemukan ialah 0.164 iaitu kebarangkalian kanak-kanak terbantut akan mengalami kegemukan adalah 0.164 kali ganda berbanding dengan kanak-kanak yang tidak terbantut. liada perkaitan signifikan (p>0.05) antara pertumbuhan terbantut dengan taraf pendidikan ibubapa, jumlah pendapatan keluarga dan bilangan isi rumah. Responden terbantut melakukan lebih banyak aktiviti sedentari (6 jenis) berbanding dengan aktiviti aktif (5 jenis). Purata masa penontonan televisyen (84 minit) mereka lebih daripada purata masa kegiatan luar (46 minit). Semua ibubapa kepada responden terbantut mengetahui pemakanan seimbang dan 20 (44.4%) ibubapa mengetahui piramid makanan. Terdapat hanya 9 (20.0%) ibubapa memberi snek kepada responden terbantut antara waktu makan. Pengambilan karbohidrat (177±49g) dan lemak (45±20g) memenuhi nilai yang dicadangkan dalam RNI Malaysia 2005 kecuali protein (62±26g) dan tenaga (1358±433kcal). Kekerapan pengambilan makanan segera ialah 1.68±1.61 hidangan dan makanan manis iaitu 2.37±1.91 hidangan dalam satu hart Responden terbantut mempunyai risiko menjadi gemuk dalam aspek gaya hidup sedentari dan pengambilan makanan segera dan makanan manis.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: kindergarten, overweight, demography, eating habits, lifestyle, anthropometry, dietary assessment, fast food, sugar-sweetened food
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:26
Last Modified: 23 Oct 2017 06:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6534

Actions (login required)

View Item View Item