Penilaian kualiti jus sparkling dan minuman berkarbonat

Rasyidah Taib, (2009) Penilaian kualiti jus sparkling dan minuman berkarbonat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000313.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilal kualiti empat jenis sampel minuman jus sparkling dan dua jenis sampel minuman berkarbonat di mana penumpuan khusus tehadap parameter seperti kandungan gula, peratusan jus, kadar pertumbuhan yis dan kulat, peratusan kandungan alkohol dan tahap kandungan kafein. Sampel minuman mengalami proses pengestrakan secara pendegasan dan dinyahkarbonkan, kemudiannya analisis yang berkaitan dijalankan melalui kaedah refraktometer, pengiraan jumlah pepejal larut, kaedah sebaran pada media, penggunaan kromatograft cecair berprestasi tinggi (HPLC) dan kromatograft gas dengan pengesan nyalaan ion (GC-FID). Kaedah-kaedah tersebut digunakan bagi penentuan peratusan Brix, jus, pengiraan koloni yis dan kulat, peratusan kandungan alkohol dan kafein. Analisis statistik jenis deskriptif (skor min dan sisihan piawai) dan inferensl (Ujian ANOVA satu-hala) diaplikasikan pada aras perbezaan bererti (p<0.05). Peratusan 8nx dan jumlah pepeJal larut (peratusan jus) pada bagi sampel minuman jus sparkling jenis D adalah yang tertinggi pada 14.20% ± 0.20 dan sampel minuman berkarbonat jenis 8 adalah 10.20%±0.20. Kadar pertumbuhan yis adalah lebih dominan berbanding kulat dalam semua sampel minuman. Kiraan koloni yis adalah terendah pada sampel minuman jus sparkling A (1.175x10·') dan tertinggi pada Jenis 8 (2.325x10-'). Koloni kulat hadir pada kiraan > 100 Anggaran pada semua sampel minuman. Hasil kajian turut mendapati peratusan kandungan etanol dalam semua jenis sampel minuman mempunyai perbezaan yang bererti pada aras signifikan 0.05 (p<0.05). Sebatian etanol dalam sampel minuman jus sparkling hadir pada masa penahanan minit ke-3 dengan peratusan julat 15% hlngga 21%. Bagi sampel minuman berkarbonat jenis A dan B pola masing masing pada peratusan 34.79 ± 2.26 dan 54.05 ± 1.15. Tahap kandungan kafein di dalam kedua-dua sampel minuman berkarbonat A dan B pula adalah masing-masing pada 45mg/kg dan 49mg/kg. Secara keseluruhannya, kajian penilaian mutu dan kualiti bagi semua sampel minuman ini adalah tidak menepati piawai kerana sesetengah parameter seperti kandungan alkohol dan mikroblologi tidak menepati dan mematuhi Akta dan Peraturan Makanan 1983.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sparkling juice, Carbonated drink, Parameter of sugar, Sugar content, Percentage of alcohol
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Nov 2011 02:34
Last Modified: 12 Oct 2017 06:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/657

Actions (login required)

View Item View Item