Regenerasi pucuk daripada kalus Centella Asiatica (S-Line)

Wong, Czelum (2004) Regenerasi pucuk daripada kalus Centella Asiatica (S-Line). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001253.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mendapatkan regenerasi pucuk Centella asiatica daripada kalus. Terdapat dua kaedah pensterilan telah digunakan untuk mensteril daun eksplan. Salah satu kaedah adalah dengan merendamkan eksplan daun terus ke dalam 20%(v/v) klorox selama 25 minit atau dengan merendamkannya lagi dengan menggunakan larutan antibiotik (50mg/l) dan fungi side di (150mg/l) selama 30 min it dan kemudian direndam pula di dalam larutan 20% klorok selama 30 minit dapat mengurangkan peratusan kontaminasi pada eksplan daun dari 80% (tanpa antibiotik dan fungiside) kepada 45% (dengan kehadiran antibiotik dan fungi side). Bagi kaedah mengaruh kalus dari daun eksplan, media MS yang dibekalkan dengan hormon kombinasi 0.08mg/I pic10ram dan 0.221mg/I hormon auksin 2,4-D bersama 0.225 mg/l hormon sitokinin BAP dengan 0.5mg/1 Casein Hydrolysate telah digunakan. Didapati bahawa media MS 0.08mg/I pic10ram adalah media yang baik untuk menghasilkan kalus dengan ban yak. Sementara itu, bagi regenerasi pucuk daripada kalus eksplan telah dikultur dalam media MS dan 1/2 MS dengan hormon kombinasi yang berlainan. Media MS merupakan media yang baik untuk tujuan regenerasi pucuk dari kalus. Antara kombinasi hormon yang telah dikulturkan, media kultur dengan 5.0mg/I KN bersama 0.3mg/l NAA dan media MS dengan 0.1 mg/I BAP ditambah NAA 0.3mg/1 adalah media yang mengaktifkan regenerasi kalus. Pembentukan kalus hijau, 'friable' , dan bemodula dan juga padat dapat diperhatikan. Walau bagaimanapun, penghasilan pucuk daripada kombinasi hormon yang digunakan tidak dapat dihasilkan tetapi pembentukan kalus yang bemodula dan berwarna hijau dapat lagi dikultur untuk menghasilkan pucuk C. asiatica daripada kalus.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Centella asiatica, callus, sterilization, Hormone combination
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 01 Aug 2013 04:56
Last Modified: 23 Oct 2017 07:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6683

Actions (login required)

View Item View Item