Pengurusan diet pesakit Diabetis Melitus Gestasi di Hospital Likas: satu kajian kes dan keberkesanan kaunseling diet Diabetis Melitus Gestasi

Khairunnisa Badiuzzaman, (2010) Pengurusan diet pesakit Diabetis Melitus Gestasi di Hospital Likas: satu kajian kes dan keberkesanan kaunseling diet Diabetis Melitus Gestasi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000303.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah memahami kaedah satu kajian kes pengurusan diet pesakit Diabetis Melitus Gestasi (DMG) dan mengkaji keberkesanan kaunseling diet Diabetis Melitus Gestasi dalam mengawal paras glukosa darah responden kajian. Pengurusan diet dengan mengkaji seorang subjek untuk kajian satu kes daripada kes-kes DMG dengan menggunakan kaedah pengumpulan data antropometri, biokimia, klinikal, dan diet. Diagnosa pemakanan, intervensi diet dan pengurusan diet dilakukan oleh pakar dietetik untuk memastikan keperluan pemakanan berkaitan masalah-masalah pemakanan dipenuhi. Subjek kajian kes mengamalkan perancangan diet dan mengalami penurunan paras glukosa darah 2 jam pasca prandial hampir 50% daripada sebelum kajian kes dijalankan. Kajian keberkesanan kaunseling diet DMG, bilangan responden adalah 30 orang. Profil glukosa darah diambil tiga kali, iaitu kali pertama sebelum kaunseling, kali kedua selepas kaunseling, dan kali ketiga selepas pemeriksaan susulan. Terdapat perbezaan signifikan di antara min glukosa darah berpuasa (FBS) dan min glukosa 2 jam pasaca-prandial dalam dua situasi yang dikaji, iaitu sebelum dan selepas kaunseling (p=0.002) dan (p=0.00), dan di antara selepas kaunseling dengan selepas pemeriksaan susulan (p=0.047) dan (p=0.025). Kesimpulannya, pengurusan diet satu kajian kes membolehkan intervensi dan perancangan diet dilakukan khusus mengikut keperluan diet individu kajian kes dan kaunseling diet mampu menjadi rawatan kos-efektif dalam usaha individu dengan DMG untuk mengawal paras glukosa dalam darah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Dietary management, Gestational Diabetes Mellitus, GDM, Dietary counseling
Subjects: ?? RC633-647.5 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 17 Nov 2011 05:18
Last Modified: 12 Oct 2017 06:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/676

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository