Kesan penambahan Eucheuma spinosum dan ekstrakan karaginan separa tulennya ke atas ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji

Chow, Chan Cheong (2005) Kesan penambahan Eucheuma spinosum dan ekstrakan karaginan separa tulennya ke atas ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001285.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

ajian terhadap kesan penambahan serbuk rumpai laut (SRL) Eucheuma spinosum dan ekstrakan karaginan separa tulennya (KST) ke atas ciri-ciri pempesan beberapa jenis kanji (kanji jagung, ubi kentang dan ubi kayu) telah dijalankan. SRL disediakan dari rumpai laut Eucheuma spinosum kering dengan pengisaran dan hasil perolehan dalam lingkungan 80.7-84.6% diperolehi. KST diekstrak terus dari rumpai laut Eucheuma spinosum dengan perlakuan larutan alkali panas pada suhu 80°C selama 1 jam. Hasil perolehan dalam lingkungan 4.5-5.1 % telah diperolehi daripada pengekstrakan tersebut. Ekstrakan karaginan separa tulen dikenalpasti dengan Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR) dan didapati terdiri daripada iota-karaginan. Kewujudan puncak penyerapan pada 972.90cm-1 membezakan SRL dengan KSTnya. Kandungan amilosa bagi kanji jagung, ubi kentang dan ubi kayu adalah masing-masing 25.91 ± 0.73%, 21.01 ± 0.57% and 10.25 ± 0.11 %. Darjah retrogradasi adalah mengikut turutan kanji jagung > kanji ubi kentang > kanji ubi kayu. Perubahan nyata (p<0.05) retrogradasi kanji diperhatikan dalam kehadiran 1 % SRL atau KSTnya. Penambahan 1 % KST mengurangkan (p<0.05) darjah retrogradasi manakala peningkatan retrogradasi kanji berlaku dalam kehadiran 1 % SRL. Kehadiran SRL atau KSTnya pad a peratusan yang berbeza memberikan kesan berlainan (p<0.05) terhadap ciri-ciri pempesan bagi jenis kanji yang berlainan. Perubahan pada ciri-ciri pempesan berlaku mengikut turutan kanji ubi kentang > kanji jagung > kanji ubi kayu. Puncak kelikatan dan breakdown bagi kanji ubi kentang jatuh mendadak (p<0.05) dengan kehadiran SRL atau KSTnya. Ini disebabkan interaksi antara cas negatif pada KST dengan kumpulan fosforus pada kanji ubi kentang. Kewujudan dua puncak kelikatan diperhatikan dalam kanji ubi kentang dengan kehadiran 1-10% SRL atau 1-2% KSTnya. Pemerhatian mikroskopik menunjukkan puncak pertama disebabkan pengelatinan kanji manakala puncak kedua disebabkan oleh kesan pemekatan oleh SRL atau KSTnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Eucheuma spinosum, carrageenan extract, seaweed powder, types of starch
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 26 Aug 2013 03:07
Last Modified: 23 Oct 2017 07:49
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6832

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository