Kajian terhadap tabiat pemakanan dan kepercayaan terhadap makanan di kalangan etnik Bajau Kampung Linau, Kota Belud, Sabah

Norfarahzila Talib, (2005) Kajian terhadap tabiat pemakanan dan kepercayaan terhadap makanan di kalangan etnik Bajau Kampung Linau, Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001312.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah bagi menentukan tabiat pemakanan dan kepercayaan terhadap makanan bagi kaum Bajau kampung Linau, Kota Belud dan faktor-faktor yang berhubungkait dengannya. Seramai 200 responden (perempuan = 105, Lelaki = 95) dalam lingkungan umur 20 hingga 60 tahun ke atas terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik dan borang ingatan diet 24 jam. Data-data ingatan semula diet 24 jam diperolehi untuk dua hari yang berlainan dalam seminggu. Data dianalisis dengan menggunakan "Nutrical Software" bagi borang ingatan 24 jam. Perisian SPSS dan Excel pula digunakan bagi menganalisis data daripada borang soal selidik. Hasil kajian mendapati corak tabiat pemakanan responden umumnya baik. Lebih daripada 50% responden mengambil sarapan pagi, tidak melangkau waktu makan, tidak biasa menahan lapar, tidak makan walaupun tidak lapar, tidak mengambil snek dan kerap menggambil air kosong dalam kuantiti yang mematuhi saranan RDA. Min pengambilan tenaga harian ialah 1710±585 bagi responden perempuan dan 1578±475 bagi responden lelaki. Nisbah tenaga yang diperolehi daripada pengambilan protein, lemak dan karbohidrat masing-masing ialah 25%, 10% dan 63% bagi perempuan dan 26%, 10% dan 63% bagi responden lelaki. Ada dikalangan responden yang masih mempunyai kepercayaan terhadap makanan terutamanya makanan berasaskan tumbuhan. Hempedu tanah merupakan makanan daripada tumbuhan ynag dipercayai boleh menyembuhkan penyakit darah tinggi dan peratus responden yang mempercayai tumbuhan ini adalah tinggi (51%). Terdapat perkaitan yang bererti (P<0.05) antara umur responden dengan tabiat pemakanan, pengetahuan diet seimbang dengan tabiat pemakanan, tabiat pemakanan dengan kepercayaan terhadap makanan dan kepercayaan peranan serta kesan makanan dengan tabiat pemakanan. Kesimpulannya, tabiat pemakanan responden adalah agak baik dan masih ramai responden mempunyai kepercayaan terhadap makanan tertentu tetapi tidak ramai yang mengamalkannya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: food habit, belief, Bajau, gender, Nutrical software
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Sep 2013 07:04
Last Modified: 17 Oct 2017 05:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6885

Actions (login required)

View Item View Item