Pengaruhan jasad seperti protokorm dari tisu daun dan akar bulbophyllum lobii

Noridah Jaludin, (2005) Pengaruhan jasad seperti protokorm dari tisu daun dan akar bulbophyllum lobii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001354.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk menguji kesan hormon terhadap pengaruhan jasad seperti protokorm pada eksplan daun dan akar bagi Bulbophyllum lobii. Hormon seperti BAP,NAA, IAA, 2,4-D dan kombinasi BAP dan NAA pada kepekatan 0 hingga 15µM telah digunakan. Eksplan daun dipotong kepada tiga bahagian iaitu pangkal daun, tengah daun dan hujung daun. Manakala, akar dipotong pada bahagian hujung akar sahaja dan media yang digunakan dalam kajian ini ialah media ½ Murashige dan Skoog (1962) dan sukrosa (3%, w/v). Semua kultur disimpan pada bilik kultur pada suhu 25 °C dan diberikan cahaya selama 24 jam. Pemerhatian adalah berdasarkan kepada pembentukkan jasad seperti protokorm pada setiap bahagian daun dan akar. Peratusan eksplan dan min jasad seperti protokorm dikira. Pada bahagian daun, peratusan tertinggi (33%) diperolehi pada media yang ditambah dengan 10 µM BAP dan 15 µM NAA dan ianya diperolehi pada bahagian pangkal daun. Tiada jasad seperti protokorm diaruh pada media yang mengandungi hormon 10 µM 2,4-D, 15 µM IAA, 15 µM 2,4-D dan kombinasi 15 µM BAP dan 15 µM NAA pada bahagian pangkal daun. Pada bahagian tengah daun, tiada jasad seperti protokorm diaruhkan pada setiap media yang ditambahkan hormon. Manakala pada bahagian hujung daun, hanya media yang ditambah dengan hormon 5 µM BAP (3%) dan 15 µM NAA (10%)jasad seperti protokorm teraruh. Pada bahagian hujung akar pula, tiada peratusan jasad seperti protokorm yang terbentuk pada setiap jenis rawatan yang diberikan. Bagi min jasad seperti protokorm pada eksplan yang diperolehi, didapati min yang tertinggi ialah 3.6 pada media yang ditambah 15 µM NAA. Min kedua tertinggi ialah 2.4 pada media yang ditambah 10 µM BAP dan min ketiga tertinggi ialah pada media yang ditambah 15 µM BAP. Bagi media yang ditambah dengan 5 µM pada setiap jenis rawatan, min yang diperolehi ialah di antara 1.1 hingga 1.8. Tiada jasad seperti protokorm terbentuk pada media yang ditambah dengan 10 µM 2,4-D, 15 µM IAA, 15 µM 2,4-D dan kombinasi hormon 15 µM BAP dan 15 µM NAA.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: protocorm, Bulbophyllum lobii, type of hormone, combination, leaf and root segment
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 25 Sep 2013 03:32
Last Modified: 17 Oct 2017 03:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7063

Actions (login required)

View Item View Item