Tahap aktiviti fizikal, jumlah penggunaan tenaga dan pengambilan diet di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Lew, Sing Ing (2005) Tahap aktiviti fizikal, jumlah penggunaan tenaga dan pengambilan diet di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001374.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui tahap fizikal aktiviti, penggunaan tenaga dan pengambilan diet dan ciri fizikal di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS). Responden kajian adalah seramai 360 orang di mana seramai 108 orang bangsa Melayu, 84 orang Cina, 52 orang India, 61 orang Bumiputera Sabah dan 55 orang Bumiputera Sarawak yang berumur dalam lingkungan 20 - 27 tahun. Kajian telah dilakukan di Kolej-kolej Kediaman UMS iaitu Kolej-kolej Kediaman A, B, C, 0 dan E, Kolej Kediaman Indah Permai (KKIP), Kolej Kediaman Kingfisher (KKKF) dan Kolej Kediaman Kurnia Perdana (KKKP). Kaedah merekod makanan dan aktiviti fizikal selama 3 hari digunakan untuk menilai pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Penentuan eiri fizikal telah dilakukan melalui Indeks Jisim Tubuh (IJT), lipatan kulit bisep, trisep, sub skapula, supraliak dan Mid-upper arm Circumference (MUAC). Pengambilan data demografi serta soal selidik yang berkaitan dengan amalan pemakanan, aktiviti senaman dan status kesihatan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Program Nutrical Version 1.01 telah digunakan dalam pengiraan purata pengambilan kalori. Hasil kajian menunjukkan purata-purata IJT, peratus lemak tubuh (%BF), berat lernak dalam tubuh, berat badan tanpa lemak (FMM), jumlah lipatan kulit, MUAC dan Arm Muscle Circumsference (AMC) adalah 22.3 ± 2.29 kg/rn2, 17.2 ± 3.24%, 10.9 ± 3.35 kg, 51 .6 ± 4.20 kg, 44.7 ± 13.68 mm, 28.8 ± 2.80 cm dan 24.6 ± 2.05 cm. Sebanyak 1.7% pelajar diketegorikan sebagai kurus, 90.3% normal, 6.3% pra obesiti dan 1.7% obesiti berdasarkan IJT berbanding piawai. 2.8 % pelajar dikategorikan sebagai peratus lemak rendah « 12.0%), 87.5% sederhana (12.0 - 22.0%) dan 15.3% tinggi (> 22.0%). Pengambilan tenaga secara puratanya adalah 2375.1 ± 483.45 kcal hari dan penggunaan tenaga harian ialah 2809.8 ± 254.24 kcal hari dengan imbangan tenaga negatif sebanyak 434.7 kcal. Tahap fizikal aktiviti secara purata mencatatkan 47.8% untuk aktiviti rendah, 33.3% sederhana dan 18.9% tinggi. Terdapat perbezaan signifikan (p < 0.05) antara pelajar yang bersenarn 3 - 5 kali seminggu dan < 3 kali seminggu dari segi ukuran antropometri. Melalui ujian korelasi, terdapat perhubungan positif (p < 0.05) di antara tahap aktiviti fizikal dengan berat badan, BMI, %BF, jumlah lipatan kulit dan berat lemak dalam tubuh. Pengambilan tenaga dan penggunaan tenaga mempunyai perbezaan signifikan (p < 0.05) melalui ujian-t tidak bersandar dan hubungan korelasi signifikan (p< 0.05) antara pelajar yang bersenam 3 - 5 kali seminggu dan < 3 kali seminggu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: physical activity level, energy expenditure, dietary intake and physical characteristic ,
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 30 Sep 2013 00:54
Last Modified: 17 Oct 2017 03:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7108

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository