Persepsi imej tubuh remaja perempuan tingkatan empat di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Kho, Wooi Yee (2005) Persepsi imej tubuh remaja perempuan tingkatan empat di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001425.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi imej tubuh di kalangan remaja perempuan serta faktor-faktor yang mungkin mempengaruhinya seperti Indeks Jisim Tubuh, tingkah laku makan, pengetahuan tentang makanan dan pengaruh-pengaruh sosial (keluarga, rakan sebaya dan media massa). Kajian ini dilakukan ke atas remaja perempuan tingkatan empat di sekolah-sekolah menengah di kawasan Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah SM Shan Tao, SM All Saints, SMK Likas dan SM Lok Yuk Likas. Seramai 300 orang pelajar yang sedang menuntut di tingkatan empat telah diambil dari sekolah masing-masing untuk menjadi responden dalam kajian ini. Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan borang soal-selidik dan pengukuran antropometri. Ukuran berat dan tinggi turut diambil bagi mendapatkan Indeks Jisim Tubuh (IJT) untuk membandingkan persepsi imej tubuh remaja perempuan dengan klasifikasi IJT mereka yang sebenar. Hasil kajian mendapati nilai min untuk berat responden ialah 50.55 ± 10.9 kg dan min untuk tinggi responden ialah1.56 ± 0.57m. Min IJT responden adalah 20.67 ± 4.13 kgm-2. Kajian mendapati majoriti 239 (79.7%) responden adalah mempunyai berat badan normal, 40 (13.3%) responden adalah berlebihan berat badan dan 21 (7%) responden kekurangan berat badan. Selain itu, didapati bahawa 206 (68.7%) responden adalah tidak berpuas hati dengan imej tubuh mereka. Setelah dibandingkan dengan persepsi imej tubuh dengan pengelasan IJT, sebanyak 70% responden mempunyai persepsi imej tubuh yang sama dengan klasifikasi IJT berat badan dan hanya 90 (30%) responden tidak menepatinya. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan (p < 0.05) di antara persepsi berat badan dengan pengelasan IJT sebenar responden. Hasil kajian juga mendapati 142 (47.3%) responden mengamalkan tingkah laku berdiet. Berdasarkan kepada skor EAT-26, didapati 112 (37%) responden mengalami masalah gangguan makan dan perlu diberi perhatian. Ujian Kolerasi menunjukkan bahawa terdapat perkaitan (p < 0.05) di antara IJT responden dengan Skor EAT-26. Kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p < 0.05) di antara persepsi imej tubuh dengan tingkah laku berdiet dan persepsi imej tubuh dengan pengaruh-pengaruh sosial (keluarga, rakan dan media massa). Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati bahawa kebanyakan remaja perempuan mengamalkan tingkah laku berdiet serta berisiko mengalami masalah gangguan makan oleh itu langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini harus diambil dengan segera.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: body image, female adolescent, BMI, nutritional knowledge, eating attitude, influence
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Oct 2013 02:26
Last Modified: 17 Oct 2017 04:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7223

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository