Kaitan faktor pemakanan dengan kehadiran vitamin C di dalam susu ibu (matang)di kalangan ibu -ibu pelbagai etnik di Kota Kinabalu

Zamzurina Muhamad Kamaruzaman, (2006) Kaitan faktor pemakanan dengan kehadiran vitamin C di dalam susu ibu (matang)di kalangan ibu -ibu pelbagai etnik di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001461.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kehadiran vitamin C di dalam susu ibu serta perkaitannya dengan amalan pemakanan responden, menguji perbezaan kehadiran kandungan vitamin C bagi setiap etnik serta mengetahui status pemakanan ibu laktasi. Kajian ini melibatkan 30 orang responden yang telah melahirkan bayi di Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Sampel susu ibu peringkat matang diperolehi semasa hari temubual menggunakan teknik perahan secara manual sebanyak 15 ml. Kehadiran vitamin C diuji dengan menggunakan kaedah pentitratan 2,6 -dichlorofinolindophenol. Borang soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat pemakanan responden. Borang soal selidik terdiri daripada 3 bahagian iaitu data demografi, ingatan semula 24-jam dan kekerapan pengambilan makanan. Data yang diperolehi kemudiannya di analisis dengan menggunakan NutriCal dan SPSS. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati bahawa seramai 17 (56.7%) orang responden mengambil vitamin C kurang daripada 90-95 mg sehari dan terdapat perkaitan yang signifikan P=0.000 bagi faktor amalan pemakanan dan kehadiran vitamin C di dalam susu ibu. Daripada kajian pengambilan vitamin C mengikut etnik mendapati seramai 9 (30%) orang dari etnik Bugis mengambil vitamin C kurang dari 95mg/hari diikuti Dusun 7 (23.3%) orang, Murut 3 (10%)orang, 8ajau 2 (6.7%)orang dan Rungus 2 (6.7%) orang. Pengambilan sebanyak 95 mg/hari adalah Dusun 1 (3.3%) orang dan Bugis 3 (10.0%) orang manakala pengambilan lebih daripada 95mg/hari adalah Murut 1 (3.3%) orang dan Rungus 2 (6.7%) orang. Tiada perkaitan yang signifikan antara nilai vitamin C dalam susu ibu dengan etnik (P=0.098). Responden mempunyai status pemakanan yang rendah dengan purata pengambilan kalori sebanyak 1847.7 ± 590.3 kkal, protein 69.4 ± 19.9g dan vitamin C 62.76 ± 26.49mg/hari. kesimpulannya, status pemakanan yang rendah mempengaruhi kehadiran vitamin C di dalam susu ibu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: vitamin C, breast milk, ethnic, nutrition, lactation
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Oct 2013 07:06
Last Modified: 17 Oct 2017 04:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7322

Actions (login required)

View Item View Item