Tabiat pengambilan gula ringkas di kalangan remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun di Sekolah Menengah Shan Tao, Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Choong, Ting Lu (2006) Tabiat pengambilan gula ringkas di kalangan remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun di Sekolah Menengah Shan Tao, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001503.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang tabiat pengambilan gula ringkas di kalangan remaja berumur antara 13 hingga 18 tahun di Sekolah Menengah Shan Tao, Likas, Kota Kinabalu. Seramai 250 responden remaja terlibat iaitu terdiri daripada seramai 112 remaja lelaki dan seramai 138 remaja perempuan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tentang pengetahuan gula ringkas di kalangan remaja dan sejauh mana remaja mengetahui tentang gula ringkas. Kaedah kajian ini mengadakan borang soal selidik, borang ingatan diet 24 jam dan borang kekerapan pengambilan makanan. Bagi borang soal selidik, bahagian pengetahuan diberikan skor untuk mengetahui kategori tahap pengetahuan remaja tentang gula ringkas. Manakala bagi bahagian tabiat dan sikap pula, faktor-faktor dikaji dengan menggunakan program SPSS versi 12.0. Bagi borang ingatan diet 24 jam, suatu makanan dianalisis dengan menggunakan perisian USDA food search untuk mengetahui kandungan nutrien terutama gula ringkas dalam suatu makanan. Kekerapan diperoleh daripada borang kekerapan pengambilan makanan daripada setiap jenis makanan. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan analisis statistik kekerapan, min dan sisihan piawai. Analisis khi kuasa dua juga digunakan dalam faktor-faktor yang menyebabkan pengambilan gula ringkas pada aras keertian (P<0.05). Bagi bahagian pengetahuan dalam borang soal selidik menunjukkan responden remaja kebanyakkan berada pada tahap lemah iaitu pada skor 0-6 seramai 164 (65.5%) orang. Perbezaan signifikan wujud bagi faktor-faktor iaitu makan bersama kawan (p<0.012) yang mengambil gula ringkas 10% hingga 20% dan makan bersama keluarga selalu (p<0.000) yang mengambil gula ringkas kurang daripada 10%. Analisis Mann-Whitney test digunakan untuk menganalisis perbezaan remaja lelaki dan perempuan dalam pengambilan gula ringkas. Jumlah min pengambilan gula ringkas menunjukkan perbezaan di antara remaja lelaki dan perempuan (p<0.004) dalam pengambilan gula ringkas. Didapati bahawa responden remaja perempuan dalam pengambilan gula ringkas adalah tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga yang diambil. Sebagai kesimpulan, responden remaja perempuan lebih perihatin terhadap imej tubuh, pemakanan, serta pengambilan gula ringkas yang mengikut saranan elaun diet (RNI) Malaysia jika dibandingkan dengan responden remaja lelaki.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: intake of simple sugar, adolescent, image body, RNI, gender
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Oct 2013 02:59
Last Modified: 17 Oct 2017 04:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7412

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository