Penghasilan agar-agar berkalori rendah berasaskan susu kacang soya

Lim, Ghim Hoon (2006) Penghasilan agar-agar berkalori rendah berasaskan susu kacang soya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001508.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian bagi agar-agar berkalori rendah berasaskan susu kacang soya dijalankan untuk menghasilkan agar-agar susu kacang soya yang mengandungi kandungan gula yang relatifnya rendah. Melalui ujian sensori, F2 merupakan formulasi terbaik dengan mendapat skor min penerimaan keseluruhan 5.50 ± 1.13. Analisis proksimat dijalankan dan didapati agar-agar berkalori rendah berasaskan susu kacang soya mengandungi 87.3% kelembapan air, 6.1% protein, 3.2% karbohidrat, 2.3% serabut kasar, 0.87% lemak dan 0.2% abu. Jumlah pepejal larut bagi agar-agar berkalori rendah berasaskan susu kacang soya ialah 12.2°Briks. Agar-agar susu kacang soya ini adalah berkalori rendah iaitu terdapat 49.49 kcal/100g atau 207.9 KJ/100g. Semasa kajian penyimpanan, ujian mikrobiologi dan sinerisis dijalankan setiap lima hari selama sebulan. Pada hari ke-30, terdapat sebanyak 1.9 x 104 CFU/g bagi kiraan jumlah plat manakala kiraan yis dan kulat adalah sebanyak 1.5 x 105 CFU/g. Kajian sinerisis agar-agar susu kacang soya dijalankan dengan menggunakan kaedah pengemparan memperolehi 5.30% ± 0.00 pada hari ke-30. Skor min penerimaan keseluruhan (4.60 ± 0.71) yang terbaik bagi sampel yang disimpan pad a minggu pertama melalui ujian perbandingan berganda. Dengan itu, tempoh simpanan yang paling sesuai untuk produk ini adalah• selama tiga minggu. Melalui kajian pengguna, produk akhir ini adalah diterima serta berpotensi untuk dijual dalam pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: soy milk, agar-agar, sugar, product, acceptable
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Oct 2013 02:54
Last Modified: 17 Oct 2017 05:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7417

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository