Analisis minyak pati daripada Cananga fruticosa dan Michelia alba dengan menggunakan kaedah GC-FID

Siti Hasmah Abu Hassan, (2004) Analisis minyak pati daripada Cananga fruticosa dan Michelia alba dengan menggunakan kaedah GC-FID. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001515.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti sebatian kimia yang hadir di dalam minyak pati spesis Cananga fruticosa dan Michelia alba. Kajian dilakukan secara penyulingan hidro ke atas sampel bagi mendapatkan minyak patinya. Minyak pati kemudiannya dianalisis dengan GC-FID. Berat sampel yang digunakan ialah 111.7 g bagi Cananga fruticosa dan 113.3 g bagi Michelia alba. Berat rninyak pari tuJen yang diperolehi bagi Cananga fruticosa ialah 1.4 g manakala bagi Michelia alba pula ialah 1.5g. Warna minyak pati bunga Cananga fruticosa ialah kuning sementara minyak pati Michelia alba pula ialah kuning pucat. Terdapat 36 puncak pada kromatogram Cananga fruticosa, termasuk 3 puncak utama iaitu pada masa penahanan 24.72, 28.97 dan 33.56 minit. Sebatian yang badir pada masa penabanan tersebut ialah 4-heptanolida (2.33%), alfa-muurolene (2.85%) dan (E)-nerolidol (4.61%).Kromatogram Michelia alba mengandungi 31 puncak termasuk satu puncak utama pada masa penabanan 18.33 minit iaitu (E)-rose oksida (16.06%). Sebatian yang paling signifikan dalam Cananga fruticosa ialah (E)-nerolidol manakala dalam Michelia alba pula ialah (E)-rose oksida.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cananga fruticosa, Michelia alba, hydro distillation method, GC-FID
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Jan 2014 06:44
Last Modified: 17 Oct 2017 05:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7449

Actions (login required)

View Item View Item