Diversiti dan komposisi larva ikan serta keberkesanan penggunaan unjam nipah di lagun Salut-Mengkabong, Sabah

Vienna Anastasia Admodisastro, (2005) Diversiti dan komposisi larva ikan serta keberkesanan penggunaan unjam nipah di lagun Salut-Mengkabong, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001582.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai diversiti serta komposisi larva ikan dan keberkesanan unjam daun nipah (Nypa fruticans) telah dijalankan di Lagun Salut-Mengkabang. Kawasan kajian lagun Salut dan lagun Mengkabang kedua-duanya dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zan A, Zon B dan Zon C. Zon A adalah bahagian depan kawasan kajian yang berbampiran dengan laut, Zon B pula adalah bahagian tengah kawasan kajian manakala Zon C adalah babagian belakang kawasan dan yang paling jauh dari laut. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti famili larva ikan yang terdapat di kawasan kajian, menganggarkan kelimpahan larva ikan, membandingkan min nilai lndeks Diversiti, Kesamarataan dan Kekayaan pada setiap zan dan stesen serta menguji keberkesanan unjam nipah sebagai kaedah untuk menarik larva-larva ikan bagi menjadikan unjam sebagai kawasan habitat mereka. Daripada kajian ini, 667 ekor larva ikan daripada empat famili iaitu Atherinidae (73.46%). Ambassidae (19.94%), Belonidae (6.15%) dan Gabidae (0.45%) telah diperolehi. Kawasan Salut juga mempunyai kelimpahan larva ikan yang lebih banyak daripada Mengkabung terutamanya di Zon A. Secara keseluruhannya, dalam ujian Anova Dua-Hala yang dijalankan, nilai min indeks Diversiti, Kesamarataan dan Kekayaan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p> 0.05) di antara setiap zon dan stesen.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fish larvae, diversity, Unjam Nipah, Salut-Mengkabung Lagoon, Anova One-Way test
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Dec 2013 04:44
Last Modified: 11 Oct 2017 03:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7705

Actions (login required)

View Item View Item